Dua isteri Ashraf Muslim buat kejutan! Rai ulang tahun ke-41! Rancangan awal hanya untuk berkelah!
Published byPelakon Ashraf Muslim genap 41 pada Ahad, 11 September 2022. Namun dia tidak berhasrat untuk merayakan hari ulang tahunnya kerana menganggap sudah ‘tua’ untuk meraikannya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ashraf Muslim
Sampai di tepi sungai, Ashraf menemankan keempat-empat anak-anak, Sarah, Anas, Adam dan Safiyyah mandi, sementara kedua-dua isteri enggan mandi bersama dengan alasan membuat persiapan makanan.
Setelah puas mandi Ashraf naik semula dan terkejut melihat persiapan ulang tahunnya disediakan oleh isteri-isteri, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Ashraf terharu dengan ingatan isteri-isteri dan mengucapkan terima kasih dan memuatkan beberapa foto dalam Instagramnya.
"Selamat hari jadi buat diri sendiri! Cerita semalam rancang nak pergi berkelah sahaja. Gigihlah pagi-pagi semua orang bangun nak pergi berkelah.
"Ingatkan sebab nak bawa anak-anak mandi sungai, maklum sahaja cuti sekolah. Angkatlah barang-barang semua gigih naik tangga.
"Dalam hati cakap kenapa beriya sangat sampai macam-macam barang dibawanya," katanya.
Dalam perkongsian sama, Ashraf turut meninggalkan pesanan selain memohon maaf kepada kedua-dua isterinya dan meminta segala kesilapannya dimaafkan.
"Am (panggian Ashraf) doakan semoga mama ibu sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dunia dan akhirat. Maafkan ayah salah silap selama ini. Jika ayah pergi dulu, jagalah anak-anak dengan baik. I love you all," tulisnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat tersentuh dengan titipan serta pesanan ringkas tetapi mendalam Ashraf itu.
“Tersentuh dan rasa sebak bila baca pesanan Ashraf. Beruntung kamu dikurniakan dua bidadari yang saling memahami dan saling menerima,” tulis seorang peminat.
Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan difahamkan masalah rumah tangga mula tercetus kerana dikatakan berkaitan isu belum dikurniakan zuriat sepanjang dua tahun perkahwinan.
Ia menyebabkan Ashraf berkahwin satu lagi dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8; Adam Ashraf, 7; dan Safiyyah Ashraf, 3.
Dalam pada itu, selepas empat tahun berkahwin dengan Dayana, mereka akhirnya dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, berusia 7 tahun. - KitaReporters