Tahniah Les' Copaque, Upin & Ipin! YouTuber status berlian!
Published byANIMASI kanak-kanak, Upin & Ipin yang popular di Malaysia dan juga di beberapa buah negara lain telah mencipta rekod tersendiri apabila menjadi YouTube Channel dengan pencapaian 10 juta pelanggan. Hal ini sekali gus membolehkan Les' Copaque Production menjadi YouTube channel pertama di Malaysia yang menerima 'Youtube Diamond Play Button' atau Butang 'Play' Berlian YouTube. : KitaReporters
Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Les' Copaque yang turut berkongsi detik gembira dalam akaun Facebook mereka.
Kredit foto FB Upin & Ipin
Malah bukan itu sahaja, mereka juga membuat kiraan secara langsung untuk mencapai 10,000,000 di saluran YouTube mereka.
Kredit video:YouTube Les' Copaque Production
Ini sudah pasti satu lagi kebanggaan dan kejayaan bagi Upin & Ipin dan sebagai peminat setia animasi Upin & Ipin, sudah pasti kita turut berasa bangga.
Guyss come on!!
Untuk dapat Butang Play Berlian YouTube itu bukan senang guys, 10 juta pelanggan diperlukan dan ia menjadi impian setiap pemilik YouTube Channel dan YouTuber di dunia termasuk di Malaysia.
Kejayaan ini pasti akan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk menghasilkan animasi yang lebih bermutu dan berkualiti.
Jika dilihat, Upin & Ipin sememangnya layak untuk menerima anugerah ini. Filem kanak-kanak yang telah mencetuskan fenomena di Malaysia.
Malah orang dewasa juga menjadi peminat animasi cilik ini.
Mesti anda tertanya-tanya macam mana nak dapat butang berlian ini!!! Ada lagi ka yang lebih tinggi dari YouTube diamond play button ini?
Ok baik, untuk maklumat kalian, terdapat lima butang di mana pada setiap peringkat ia berbeza-beza nama dan cara untuk mendapatkannya.
Lima peringkat adalah :
5) Youtube Silver Play Button (Butang Play Perak YouTube)
Peringkat ini orang kata paling rendahlah kalau ikutkan kedudukan dari 5 itu. Tapi ingat, rendah-rendah kedudukan dia pun, nak dapatkan button ini kena ada 100,000 pelanggan ya guys.
4) YouTube Gold Play Button (Butang Play Emas YouTube)Perlu dapatkan 1,000,000 pelanggan guys. Dapat capai ini pun dah satu kejayaan besar ya!!!!
3) YouTube Diamond Play Button (Butang Play Berlian YouTube) Ini seperti mana yang Upin & Ipin telah dapat. Perlukan 10,00,000 (10 juta) pelanggan ya!! Selepas Upin & Ipin, siapa pula akan ikuti kejayaan mereka?
2) YouTube Custom Play Button (Butang Play Khusus YouTube) Peringkat kedua tertinggi kedudukan ini memerlukan 50,000,000 (50 juta) pelanggan guyss.
1) Play Button Youtube Tertinggi : Red Diamond Creator Award (Anugerah Pencipta Berlian Merah)
Peringkat ini bukan calang-calang pemilik saluran YouTube atau YouTuber mampu capai ya guys. Hanya mereka yang mempunyai pengaruh yang sangat kuat mampu capai kejayaan ini.
Peringkat paling tinggi atau raja segala button ini memerlukan 100,000,000 (100 juta) pelanggan guysss.
Terbeliak mata tengok angka ini???
Untuk peringkat ini, mereka yang pernah mendapatkan adalah YouTuber terkaya dunia iaitu pemilik T Series Channel, PewDiePie.
Kredit foto: YouTube T-Series
Moga pemilik saluran YouTube dan YouTuber lain di Malaysia mampu mencapai kejayaan demi kejayaan.
Ingatlah, buat dengan ikhlas, pasti akan dapat sambutan. Cepat atau lambat, rezeki itu akan datang. - KitaReporters