Patuhi SOP! Amar Baharin bawa khemah mini ke tempat shooting
Published byAmar Mohd Baharin dan Nur Amira Izzati Rosli yang berkahwin pada 11 November 2017 mempunyai dua cahaya mata, Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra Arissa, 5 bulan.
Ketika menungu penggambaran, Amar akan duduk dalam khemah mini yang dibuat daripada plastik lutsinar sambil menghafal skrip.
Jika hendak berkomunikasi dengan krew dan pelakon lain, Amar hanya membuka zip tingkap khemah mini itu.
Amar membawa khemah mini itu sejak hari pertama melakukan sambungan penggambaran drama berepisod panjang, ‘Ayat-ayat Halal’ terbitan Global Station Sdn Bhd untuk siaran RTM.
Menurut Amar, ketika penggambaran dihenti akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia berfikir cara terbaik untuk mencegah dijangkiti wabak Covid-19 selain memakai pelitup hidung dan mulut.
Akhirnya terfikir untuk menggunakan khemah mini.
Tambah Amar, dia perlu mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan dua cahaya mata, Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra Aryssa yang kini berusia lima bulan terkena jangkitan.
Katanya, sebelum pandemik Covid-19, selalunya apabila balik ke rumah, dia akan peluk dan cium anak-anak. Bagaimanapun, kini apabila pulang, dia akan mandi dan tukar pakaian, sebelum menghampiri mereka.
Amar memuat video dia berehat dalam khemah lutsinar dalam laman Instagramnya.
Dalam video itu, terlihat Amar hanya membuka khemah yang dizip sekiranya kru mahu bercakap dengannya.
Menurutnya, selesai penggambaran drama itu dia akan berehat selama sebulan untuk bersedia memasuki penggambaran drama bersiri yang seterusnya.