Neelofa dan suaminya, PU Riz dijangka akan didakwa di Mahkamah Majistret 2 Seremban bagi kesalahan ingkar SOP rentas negeri 


SELEBRITI popular, Neelofa dan suaminya, PU Riz dijangka akan didakwa di Mahkamah Majistret 2 Seremban pada 20 Mei 2021 berhubung kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri.

Memetik laporan Harian Metro, 19 Mei 2021, sumber mahkamah memaklumkan pasangan berkenaan bakal didakwa bagi kesalahan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan kerana membeli karpet.

“Pendakwaan ke atas pasangan berkenaan dijangka bermula jam 9 pagi.

“Kedua-dua mereka akan didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan),” katanya.

Sebelum ini tular dalam laman sosial, video yang memaparkan Neelofa atau nama sebenarnya  Noor Neelofa Mohd Noor bersama suami, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) berada di sebuah kedai di Nilai 3.

Pada 4 Mei 2021, pasangan berkenaan hadir ke Ibu Pejabat polis Daerah Nilai bagi memberi keterangan kepada pihak polis. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
1

Copy Link: