NAMA kumpulan ini ‘Margasatwa’. Bila sebut perkataan ini, teringat pula sebaris lirik lagu popular Dato M. Nasir, ‘Tanya Sama Hud Hud’ yang berbunyi "Ribu-ribu Margasatua, Mencari Raja Muraq, Yang Sampai Hanya Tiga Puluh…"

Sehubungan itu tidak hairan, kenapa kumpulan ini bernaung di bawah syarikat Luncai Emas apatah lagi genre muzik mereka sealiran dengan yang diketengahkan pemilik syarikat berkenaan, Sifu M. Nasir.

Dikenali sebagai sebuah band bawah tanah yang sering mencorakkan muzik nusantara, Margasatwa yang kini menempa nama dalam industri muzik arus perdana disebut sebagai kumpulan yang mengimbangi permintaan pasaran dan kesenian mereka berkreatif.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan



“Kami hanya memainkan semua jenis muzik yang kami cinta dengan cara tersendiri. Tidak ada sebarang kumpulan pendengar yang kami sisihkan, baik arus perdana atau indie kerana muzik Margasatwa adalah untuk dinikmati semua rakyat Malaysia,” ujar Syahir Majid selaku pemain dram kumpulan Margasatwa yang turut dianggotai empat lagi rakannya, Akmal Hakim Mokhtar aka Ikmal (vokalis); Fadhil Imran James (gitaris utama); Shahir Samsi (gitaris kedua) dan Shadiq Sapian (gitar bes).


Kredit foto: YouTube


‘Yang Asli’ merupakan single terbaharu Margasatwa selepas dua single sebelummya iaitu ‘Ego’ (2017) dan ‘Asmara Botol Kaca’ (2019) yang dimuat dalam album sulong mereka, ’Margasatwa’ .

Mempertaruhkan ‘Yang Asli’ sebagai lagu pilihan dalam 'Levi’s Music Project' pada Disember 2020 lalu, Margasatwa muncul juara dengan meraih kemenangan geran RM20,000 untuk penggambaran video muzik mereka.

Dan hari ini, 20 Mei 2021, tercapai hasrat Margasatwa melancarkan video muzik ‘Yang Asli’, sebuah lagu yang membawa mesej cukup mudah difahami segenap masyarakat iaitu ‘mencintai diri sendiri terlebih dahulu, tanpa mempedulikan kata-kata orang lain’.

Sesungguhnya, setiap orang mempunyai keunikan dan kecantikan yang tersendiri. Kita tidak harus menilai diri berdasarkan pendapat orang semata-mata. 

“Anda terlalu berharga, kerana sudah pasti anda adalah satu-satunya anda di muka bumi ini," ujar vokalisnya, Kimal.



Sehubungan itu, Margasatwa mengajak para pendengar untuk percaya dan yakin dengan keunikan diri sendiri, menjadikan diri lebih fokus dan bahagia dalam hidup sementelah mengejar impian masing-masing yang ternyata unik.

Video muzik ‘Yang Asli’ menceritakan tentang betapa skeptikal dan tipikal sesetengah orang dalam menilai seseorang hanya berdasarkan rupa. Namun individu tersebut kemudian bangkit dan membuktikan kebolehan dan keyakinan diri sebagai simbolik dari petikan lirik “Kecantikan tidak boleh diraih, kecantikan hanya dipelihara.” 

Selain daripada penceritaan itu, Margasatwa turut mengetengahkan nilai fesyen yang unik. 

Salah satunya adalah fabrik  songket yang ditempah khas pada jaket Levi’s Fadhil dan pengayaan ala-ala 70-an atau 80-an sebagai identiti pada video muzik kali ini. 

Ia hasil arahan Adriana Tunku yang turut mengarah muzik video pelbagai artis tanah air termasuklah Dato’ Siti Nurhaliza, juga juara AJL 35 - Gila nyayian Kaka Azraf, Noki dan Loka B. 

Jom kita hayati! - KitaReporters


Kredit foto: Sensasi Selebriti

0
0
0
0
0

Copy Link: