RAMADAN 1443H yang kian menuju ke penghujungnya masih memberi peluang kepada pelbagai pihak untuk meningkatkan aktiviti amal dan kemasyarakatan terutama membantu golongan yang kurang berada dan tidak berupaya yang sentiasa mengharapkan kepritahinan pihak tertentu untuk menyantuni mereka.

Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Dungun, Terengganu, juga tidak ketinggalan mengambil inisiatif menggerakkan jentera agensi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu melalui Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk turun padang mendampingi komuniti di daerah tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gerakan KRT

Sukarelawan Jentera Perpaduan Dungun memunggah barang-barang ke dalam kenderaan untuk diagihkan kepada komuniti


Program Imarah Ramadan sempena Hari Nuzul al-Quran pada 19 April 2022 memberi peluang kepada pegawai serta kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah itu dengan dokongan ahli Jawatankuasa KRT Zon Sura dan Zon Jeranggau untuk menemui komuniti bagi menghulurkan sumbangan.

Pegawai Perpaduan Daerah, Tengku Mazilawati Tengku Muhamad berkata, menerusi program itu pihaknya  menyasarkan golongan asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal dan anak-anak yatim sebagai penerima sumbangan.


Tengku Marzilawati


Katanya,  seramai 50 penerima yang terdiri daripada ibu bapa Tabika Perpaduan yang terpilih di KRT Zon Sura dan Zon Jeranggau menerima sumbangan barangan keperluan.


Seorang ahli jawatankuasa KRT mengagihkan sumbangan kepada sekeluarga penduduk


“Program ini merupakan salah satu inisiatif Pejabat Perpaduan Daerah melalui KRT Zon Sura dan Zon Jerangau untuk bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan memberi “perkhidmatan”kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata, pengisian program ini adalah memberi sumbangan ayam pusing, beras, telur, tembikai, kurma, makanan segera McDonald’s, senaskhah al-Quran dan surah Yasin kepada komuniti yang layak mengikut kriteria yang dikenal pasti di kawasan Rukun Tetangga.


 ebahagian barangan keperluan yang disediakan di Pejabat Perpaduan Dungun untuk diagihkan kepada komunniti


Selain itu, katanya, aktiviti yang dijalankan ini merupakan salah satu usaha kebajikan yang menepati aspirasi Keluarga Malaysia dan bersempena dengan bulan Ramadhan yang dapat mengeratkan ukhuwah dan saling berkenalan antara jiran tetangga.

Beliau turut mengucapkan penghargaan terima kasih dan setinggi-tinggi rasa kesyukuran serta penghargaan kepada penyumbang-penyumbang dan rakan penaja yang turut berkongsi rezeki untuk membantu mereka yang memerlukan sumbangan. - KitaReporters


Tembikai antara buah-buahan yang turut diagihkan kepada komuniti

11
16
1
7
0

Copy Link: