Miliki dadah! Vanessa Angel dipenjara 3 bulan, didenda Rp10j
Published byPELAKON, penyanyi dan model sensasi, Vanessa Angel, 26, dihukum 3 bulan penjara dan denda sebanyak Rp10 juta (kira-kira RM3,000) oleh Mahkamah Negeri Jakarta Barat kerana kesalahan memiliki dadah. Namun Vanessa hanya perlu menjalani penjara selama sebulan setengah memandangkan Vanessa sudah menjalani tahanan kota sejak April 2020. : KitaReporters
Vanessa Angel (dua dari kanan) ketika mengikuti keputusan di Mahkamah Negeri Jakarta Barat pada 5 November 2020.
Lagi cerita-cerita berkaitan penjara:
https://kitareporters.com/search?search=penjara
"Menjatuhkan hukuman kepada Vanessa Adzania (Vanessa Angel) dengan hukuman penjara tiga bulan dengan denda sebanyak Rp10 juta atau penjara sebulan jika tidak membayar denda," kata Ketua Hakim Setyanto Hermawan pada Khamis, 5 November 2020 semasa menjatuhkan hukuman.
Sementara itu jurucakap Mahkamah Negeri Jakarta Barat, Eko Ariyanto, menjelaskan bahawa lima hari masa tahanan kota sama dengan satu hari di jel. Vanessa telah menjadi tahanan kota sejak 9 April 2020.
Hingga 5 November 2020, Vanessa telah menjalani masa tahanan kota selama 210 hari yang setaraf dengan 42 hari masa tahanan di dalam jel. Dengan demikian, Vanessa masih perlu menjalani sekitar sebulan setengah dipenjara.
Namun, Vanessa dan peguamnya bercadang untuk mengemukakan rayuan.
Vanessa kini mempunyai anak kecil yang menyusu badan. Anaknya Gala Sky Arduansyah lahir pada 14 Julai 2020 setelah mendaftarkan perkahwinan dengan Bibi Ardiansyah pada Januari 2020.
Polis merampas barang bukti berupa 20 butir pil Xanax. Sebanyak 15 butir ditemukan di dalam laci meja TV bilik Vanessa dan 5 butir lagi ditemui dalam beg tangan Vanessa. - KitaReporters
Vanessa ketika dibawa ke balai polis sebelah ditahan di rumanya kerana memiliki dadah jenis Xanax.