Video| Syafiq Farhain dah kahwin? Cukup orang rapat sahaja tahu! Tak sedia kongsi kisah peribadi!
Published byKEBELAKANGAN ini bertiup kencang penyanyi Syafiq Farhain, anak kepada penyanyi terkenal Allahyarham Saleem, sudah berkahwin. ’Abang bomba’ ini mengambil sikap ‘kunci mulut’ apabila petugas media cuba mendapatkan kepastian.
Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain AM Salim, 28, dia belum bersedia untuk berkongsi sebarang cerita tentang kisah peribadinya. Malah katanya cukuplah orang yang rapat sahaja tahu status sebenar dirinya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan abang bomba
Cara Syafiq bercakap seperti cuba mengiyakan berita itu, Cuma ia tidak keluar dari mulutnya.
"Saya malaslah nak jawab tentang hal ini," komen Syafiq Farhain yang lebih selesa mengunci mulut ketika ditanya berhubung dakwaan dirinya sudah berkahwin.
Desas-desus mengenai status itu semakin hangat diperkatakan oleh netizen.
"Rasanya saya belum bersedia untuk kongsi sebarang cerita peribadi. Tetapi kepada sesiapa yang tahu saya tidak pernah sorok. Cukuplah yang mana tahu sahaja," jelasnya.
Peminatnya hairan mengapa Syafiq tidak terus membuat pengakuan terus urusan perkara baik.
Anak kepada penyanyi terkenal Allahyarham Saleem Iklim ini menjadi penyanyi di samping bertugas sebagai ahli bomba dan didamba ramai wanita. Dia memiliki suara iras bapanya.
Namun Syafiq membesar dengan ibunya, Napisah Muhammad di Terengganu.
Syafiq mula aktif menyanyi sejak tahun 2015 dan menjadi naib juara Big Stage musim 1 terbitan Astro pada 2016. Dia juga sudah menghasil beberapa single dan mencapai usia 28 tahun pada 19 Februari 2022 lalu.
Sementara itu, Syafiq memberitahu dia baru selesai menjalani tempoh kuarantin setelah disahkan positif Covid-19 kali kedua pada 1 Mac 2022 lalu.
Namun kali ini dia tidak mengalami sebarang simptom teruk berbanding jangkitan pertama setahun lalu.
"Saya hanya batuk dan selsema sahaja. Tidak ada simptom teruk berbanding kali pertama terkena Covid-19 sebelum ini. Sekarang sudah mula bekerja seperti biasa.
"Bagaimanapun ada sedikit rasa bimbang kerana tempoh kuarantin hanya seminggu. Saya takut menjangkiti orang lain," katanya. - KitaReporters