Berita Terkini| Cepatkan suntikan vaksin untuk kanak-kanak! Kes kluster pendidikan meningkat!
Published byKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) berharap pemberian suntikan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak
di negara ini dipercepatkan susulan peningkatan kes dalam kluster pendidikan.
Menerusi satu kenyataan media pada 6 April 2021, Menterinya,
Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata pihaknya bimbang melihat perkembangan
terkini kes melibatkan murid, guru dan kakitangan sekolah dalam kluster pendidikan.
“Sebagai kementerian yang bertanggungjawab menjaga
kepentingan kanak-kanak di negara ini, kita ambil kira keperluan golongan berkenaan
dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.
“Kita risau kerana kanak-kanak tidak tersenarai dalam
kumpulan penerima vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi fasa
pertama, kedua atau ketiga sedangkan mereka juga golongan berisiko.
“Pihak kementerian akan berhubung serta bekerjasama dengan Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan
Vaksin Covid-19 (JKJAV) bagi pastikan kebajikan dan kesihatan kanak-kanak di
negara ini terus terpelihara,” katanya.
Tambah Rina, pihaknya juga komited membantu kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 60 peratus rakyat perlu divaksinkan bagi mencapai imuniti kelompok (herd immunity) menerusi PICK. - KitaReporters