Berita Terkini| Covid-19: 11 petugas Kompleks Seri Iman di Terengganu positif! 6 premis ditutup!
Published bySeramai 11 kakitangan di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu kini disahkan positif Covid-19
ENAM premis di Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman di Kuala Terengganu ditutup selama tiga hari bermula 14 April 2021 ekoran 11 kakitangan di pusat tersebut didapati positif Covid-19.
Premis
terlibat ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Majlis Agama Islam dan Adat
Melayu Terengganu, Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala
Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus serta Pejabat Daerah dan Tanah
Kuala Terengganu.
Pengarah
Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata penutupan premis berkenaan untuk tujuan menjalankan
kerja-kerja pembasmian kuman bagi elakkan perebakan penyakit berjangkit.
“Penutupan premis terlibat berkuat kuasa di bawah Seksyen 18 (1) (1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya ketika dipetik laporan oleh Sinar Harian, pada 14 April 2021.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri menerusi kenyataan dalam Facebook rasminya pada 13 April 2021 memaklumkan Terengganu merekodkan satu kematian menjadikan keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 di negeri ini sebanyak 14 kes. -KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters