SEJAK Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini diadakan, kita tahu pelbagai golongan turut terasa kesannya seperti nelayan, peniaga, petani dan banyak lagi. Malah pelbagai lapisan masyarakat turut terjejas dari segi pendapatan mereka. Ada yang terpaksa mengikat perut, ada juga yang mengeluarkan wang simpanan peribadi untuk membeli barangan harian dan yang lebih menyedihkan apabila ada masyarakat yang menunggu bantuan dari orang ramai untuk meneruskan kehidupan. : KitaReporters


Video yang memaparkan peniaga membuang sayuran yang masih segar. - Kredit kepada FB Amirul Al Shahih


Bagi para petani mahupun peniaga, tanaman sayur mereka sudah pasti terjejas teruk kerana tiada permintaan akibat PKP ini sehingga ada segelintir pihak yang sanggup membuang hasil tanaman begitu sahaja

Satu video berdurasi 12 saat dimuat naik di Facebook (FB) milik Amirul Al Shahih menunjukkan bagaimana mereka membuang pelbagai jenis sayuran begitu sahaja dan jika lihat, sayur yang dibuang itu masih segar dan boleh digunakan lagi.

Antara sayur yang dibuang adalah Cili merah, petola, timun dan beberapa jenis sayur lagi. 



Beliau juga mempersoalkan kenapa para perniaga ini tidak sedekah sayur ini kepada orang ramai dan kenapa ia perlu dibuang begitu sahaja?

Ini bukanlah perkara baharu apabila ada antara para peniaga yang sanggup membuang daripada memberi

Sebelum ini pun, ada juga petani yang menyatakan hasil tanaman mereka tidak seperti hari biasa. Banyak kerugian dialami. 

Hasil video yang dimuat naik itu, ia mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada juga yang kelihatan agak marah serta kecewa dengan para peniaga seperti ini.







Untuk para peniaga, jika terdapat lebihan hasil usahlah dibuang begitu sahaja sebaliknya, sebaliknya cari altenatif untuk diberikan kepada masyarakat setempat melalui agensi-agensi kerajaan berkaitan, atau pertubuhan-pertubuhan kebajikan serta persatuan-persatuan sukarela. 

Jika menghadapi masalah dari segi pengangkutan, hebahkanlah dalam media sosial dan kita yakin, akan ada pihak yang sanggup datang untuk mengambilnya

Ini semua terpulang kepada kita bagaimana untuk membantu dan berkhidmat kepada masyarakat. 

Hari ini kita membantu mereka, nanti pasti mereka pula akan membantu kita. Ingat, #KitaJagaKita. - KitaReporters


0
0
1
0
0

Copy Link: