MARI Rapat!! Mr Bean kongsi tip untuk mencegah penularan COVID-19 yang semakin merebak dan membimbangkan seluruh masyarakat dunia yang terjejas dengan wabak maut itu. Siapa yang tidak mengenali dan menyukai siri program jenaka Mr Bean?? Tua dan muda pastinya amat meminatinya. : KitaReporters

Gaya bersahaja Mr Bean bersama seekor anak patungnya sebagai teman karib. - Kredit Foto:  FB @Mr Bean Official Fans Group


Dari siri jenaka berunsurkan kehidupan realiti sehinggalah digarap menjadi siri animasi (versi kartun) berepisod, ditayangkan ke seluruh program televisyen dan masih tidak lapuk serta diterima ramai. 

Popular Mr Bean ni!! 

Stesen rangkaian televisyen sanggup berhabis jutaan ringgit untuk membeli siarannya walaupun ditayangkan berulang-ulang kali, namun tidak pernah jemu ditonton dan sentiasa mewujudkan gelak tawa yang terbahak-bahak. 

Ya! Seperti filem Tiga Bujang lapok, Badul dan Mr Os, tetapi kali ini versi Hollywood, jejaka berhidung mancung, berkulit putih dan membawa seekor anak patung kecil sebagai teman karib. 

Menontonnya sambil menikmati kudapan dan snek ringan sangat membahagiakan dan itulah yang sangat diidamkan anak-anak dan isteri seisi keluarga di rumah.

Apatah lagi sekarang ini musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa terluang sangat banyak, sesuai sangatlah!

Mungkin dengan menonjolkan figura kesukaan kanak-kanak seperti Mr Bean ini, kesedaran masyarakat dunia untuk lebih patuh dengan saranan yang diuar-uarkan dalam menjaga kebersihan serta keselamatan diri akan lebih baik dan sempurna. 

Mr Bean ada 84 juta pengikut!!

Antara siri Mr Bean yang telah di animasikan berupa kartun.  - Kredit foto: FB @Mr Bean Official Fans Group. 


Formulanya mudah! 

Pamerkan langkah-langkah yang tepat, sentiasa basuh tangan, memakai penutup hidung dan membawa cecair pembasmi kuman ke mana sahaja dan melakukan penjarakkan sosial (social distancing) pastinya akan ditiru manusia, pasti! 

Menerusi page Facebook rasmi Mr Bean (https://www.facebook.com/MrBean/) dan menggunakan tanda pagar #StaySafewithBean, terdapat 10 saranan patuh terbaik yang wajib diambil oleh masyarakat dunia daripada menjadi mangsa malang terjangkiti wabak Wuhan itu. 

Langkah-langkah wajib seperti sentiasa membasuh tangan, melakukan penjarakkan sosial (social distancing) dan berjumpa doktor adalah saranan yang berulang kali diingatkan (Mr Bean) bila mana pelayar page itu memasuki dan menonton videonya di ruangan status. 

Saranan seperti untuk tidak membeli barangan lebih dari yang seperlunya, sentiasa mencuba melakukan sesuatu aktiviti baharu di rumah, sentiasa berhubung dengan rakan melalui platform komunikasi yang ada dan membuang sisa tisu serta kotoran sebetulnya menjadi pesan sisi yang seharusnya diambil peka masyarakat dunia. 

Walapun langkah tersebut mirip dan serupa seperti yang berulang kali diingatkan kerajaan di negara masing-masing namun sifat lalai dan lupa adalah kelemahan hakiki yang sentiasa perlu diperingatkan dari manusia kepada manusia yang lain. 

Amati peraturan dan langkah dalam postingnya : 

  • "Peraturan pertama, sentiasa membersihkan tangan anda setiap 20 minit berikutnya. 
  • "Peraturan dua, tidak membeli barangan keperluan berlebihan dari yang seperlunya. 
  • "Peraturan tiga tetapkan diri di rumah dan mencuba sesuatu yang baharu. 
  • "Peraturan empat, segera berjumpa doktor jika perlu.
  • "Peraturan lima, kekalkan hubungan bersama teman dan keluarga tanpa memutuskannya walau berkurung di rumah. 
  • "Peraturan enam, hanya melawat doktor ketika ada kecemasan.
  • "Peraturan tujuh, duduk di rumah dan anda membantu menyelamatkan nyawa.
  • "Peraturan lapan, amalkan penjarakan sosial (menjarakkan diri) untuk mengekang penularan virus.
  • "Peraturan sembilan, buang segera tisu-tisu yang telah digunakan.
  • "Peraturan sepuluh, cari sesuatu program menarik untuk ditonton di televisyen." 






Saranan yang ditulis dalam laman sosial FB Mr Bean (https://www.facebook.com/MrBean/)



Memuat naik video-video yang ada kesinambungan terhadap situasi dunia ketika ini merupakan dapatan idea yang bijak sebagai penambah rasa hiburan halwa mata pelayarnya. 

Siapa sangka ikon antarabangsa yang sering kali menghidangkan kita dengan jenaka 'bodohnya' itu memiliki PhD Kejuruteraan Elektrik. 

Hebat bukan?? 

Walaupun Mr Bean merupakan entiti yang terkenal di serata dunia, sifat kebertanggungjawaban untuk bersama-sama bangkit dengan tidak berdiam diri melawan COVID-19 adalah sesuatu yang dipuji. 

Biarpun sekadar melalui platform media sosial, tidak di kaca televisyen. 

Perasan tidak jemunya untuk sentiasa menyeru masyarakat patut dijadikan contoh penggiat serta pemain industri hiburan dunia dan tidak hanya meraih bantuan kerajaan sesaja. 

Memiliki PhD bukanlah penghalang untuk membuatkan penonton ketawa


Kekayaan yang dikaut berlipat ganda sebelum tragedi hitam ini oleh jutawan hiburan, sukan dan perniagaan wajar dikongsikan kepada yang susah lagi memerlukan. 

Bintang seperti Christiano Ronaldo; Pemain Bola Sepak Tottenham Hotspur, Son Heung Min; Pengurus kelab terkaya Manchester City, Pep Guardiola; dan Mr Bean perlu dijadikan contoh ikon industri yang lain dalam membantu dan melawan COVID-19.

Memiliki wang yang besar bukanlah melayakkan seseorang itu untuk berasa prihatin membantu seiring kekalutan krisis dihadapi dunia yang terjejas. 

Populariti, kekacakan rupa, kebolehan  berjenaka, bernyanyi, menari, berlakon, bermain alat muzik, penulis lirik dan sebagainya antara kebolehan yang dapat 'diperdagangkan' bagi menyalurkan sumbangan dan kesedaran dalam masyarakat. 

Syaratnya mudah!!  Ikhlas, kreatif dan bersungguh-sungguh. 

Penglibatan ikon hiburan dunia ini diharapkan dapat memberikan 'signal' yang jelas bahawa tiada satu pun industri dan orang perseorangan yang terkecuali dalam melawan COVID-19.

Sehingga kini dunia hampir mencatatkan lebih 800,000 kes yang masih aktif dan lebih 40,000 orang yang dilaporkan telah meninggal dunia akibat wabak. - KitaReporters


8
2
0
1
1

Copy Link: