DUDUK DI RUMAH! DAH TANYA KHABAR JIRAN?

Published by
KitaReporters

ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters


Renungan

Menulis dari jiwa


Sudahkah menjenguk jiran sebelah anda?

Sudahkah bertanya khabar mereka?

Cukupkah bekalan makanan mereka?

Sihatkah mereka?


Hulurkanlah bantuan mengikut kemampuan.

Masak lebih sedekahkan sepinggan.

Sedekah senyuman bukan jelingan

Insya-Allah indah semangat kejiranan


Jika belum, sudi-sudikanlah!

Jangan pandang remeh perkara ini kerana jiran adalah orang yang berada dekat dengan kita.

Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah.

Seperti sabda Rasulullah SAW:

“Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga.” Hadis Riwayat Daud

Kredit foto: FB https://www.facebook.com/ikram.johor/


Tolong ambil berat!

Menjadi tanggungjawab kita ambil peduli tentang jiran tidak kira siapa dan latar belakang mereka.

Kita perlu memelihara hak-hak jiran demi agama, selain menjaga hubungan silaturahim dan kedamaian hubungan sesama manusia.


Dalam keadaan sedang berkurung di rumah sangatlah penting kita menngambil berat akan hal jiran selain bertanya khabar ibu bapa dan keluarga di kampung.


Jangan penting diri dan memerap dalam rumah tanpa mengambil tahu hal yang berlaku di keliling kita.

Pastikan suasana kejiranan dalam aman damai.

Pada masa yang sama, janganlah kita buat perkara yang tidak disenangi oleh jiran tetangga sehingga menyakiti mereka seperti buat bising, dan membuang sampah sesuka hati.


Sebaliknya sama-sama hormat menghormati dan menjaga hubungan agar sentiasa harmoni.

Sangatlah rugi bagi mereka yang mengaku beriman kepada Allah tetapi bersikap buruk terhadap jiran terutama dalam keadaan sekarang.


Berkongsi rezeki saat genting

Sebaik-baiknya berkongsi apa kita mampu jika merasakan jiran kita kurang mampu dan dalam kesusahan.

Kita juga diminta berhemah terhadap jiran, jangan meninggikan suara, menegur jiran-jiran dengan ucapan salam dan senyuman serta sentiasa bersangka baik.

Kita juga perlu menerima teguran jiran jika ada berbuat salah atau mengguris perasaan mereka. 

Jiran yang baik selalu bersangka baik dan positif.

Kredit foto: FB https://www.facebook.com/IKRAM.Pontian/


Dalam keadaan PKP masih berjalan

Menjaga dan mengambil-berat terhadap jiran sangat disanjung..

Mereka yang menjaga kepentingan jiran-jirannya dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran dan perhatian sangat disayangi Allah sekali gus akan melahirkan masyarakat yang berkasih-sayang.


Jika terdapat jiran yang sakit atau ditimpa ujian, ziarahlah mereka dan tolong bawa untuk rawatan jika perlu.

Mengetahui akan pekerjaan dan cara kehidupan jiran-jiran kita juga sangat penting. 

Bukan untuk menjaga tepi kain tetapi ambil tahu.

Amalkan sikap seperti, cubit peha kanan, peha kira pun terasa sakitnya!


❤️🌹 Manusia hidup hanya sekali. Tetapi apabila digunakna dengan bijak, hidup yang hanya sekali saja itu sudah cukup memberi bahagia sepanjang hayat jika kena caranya. ❤️🌹 - KitaReporters
0
0
1
0
0

Copy Link: