BIJAK!? CURI LORI ROTI UNTUK BALIK KAMPUNG?
Published byBAGI anda yang ingin mendapatkan roti Gardenia di pasaran, ia amat sukar buat semua rakyat Malaysia, lagi-lagi pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah masuk hari ke-14. Roti Gardenia yang sering ada di rumah kita dahulu, kini menjadi makanan paling berharga dan jadi rebutan buat semua rakyat Malaysia. Bukan sahaja roti Gardenia berharga, lorinya pun bernilai. : KitaReporters
Apa yang mengejutkan semua rakyat Malaysia, sebuah lori Gardenia telah dilaporkan hilang di Kuala Lumpur dan ditemui di Terengganu, menurut laporan Harian Metro.
Dikhabarkan lori itu telah ditemui penduduk kampung berdekatan Masjid Beris Meraga, Kijal, Chukai di Terengganu.
Apa yang menjadi perhatiannya ialah stok roti Gardenia masih ada di dalam lori dan tidak dicuri.
Maka, apa tujuan lori tersebut dicuri dan dipandu dari Kuala Lumpur ke Kijal, Terengganu.
Menurut netizen, kemungkinan si pencuri ini bukan mahu mencuri stok roti di dalam lori tersebut tetapi hanya mahu menggunakan lori tersebut untuk pulang ke kampung dengan mudah.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020, laluan antara negeri-negeri dan daerah-daerah telah didirikan sekatan jalan raya yang dikawal oleh anggota polis dan tentera.
Namun, kenderaan yang digunakan dalam sektor yang disifatkan "perkhidmatan keperluan" termasuk sektor makanan dibenarkan bergerak di atas jalan raya.
Bijak juga pencuri ini kalau betul teori netizen.
Mungkin dengan cara ini dia tidak akan ditahan oleh pihak polis dan tentera.
Mungkin modus operandinya 'Balik Kampung' disebabkan lori roti adalah sebahagian dari perkhidmatan keperluan.
Jadi dengan itu si pencuri boleh mengaburkan mata pihak keselamatan yang melakukan sekatan jalan raya. - KitaReporters