Video| Gara-gara aksi stunt, gigi Aaron Aziz patah! Tapi tetap tampan walaupun rongak! - Netizen

Published by
KitaReporters

MELAKUKAN lagak ngeri (stunt} dalam penggambaran filem atau drama mempunyai risiko tinggi dan boleh membahayakan diri pelakon jika kurang berhati-hati

Gara-gara tersilap langkah ketika melakukan babak aksi sebuah filem baru-baru ini, pelakon Datuk Aaron Aziz, 46, menerima padah apabila sebatang giginya patah sehingga kelihatan sedikit rongak.

Menurut Aaron yang nama  lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, ia berpunca daripada gerakan tidak sengaja seorang pelakon aksi lain. Dan dia tidak menyalahkan mana-mana pihak akibat kejadian tersebut. 

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Aaron Aziz



Nak jadi pelakon, pelakon kena sedia gigi patah. Kata nak jadi pelakon aksi, sekali-sekala patahlah gigi. Stuntman tak sengaja, jadi tiada siapa nak disalahkan,” ujarnya.

Pelakon kelahiran Singapura ini memuat naik video menunjukkan bahagian gigi yang patah itu dalam laman Instagram miliknya pada Selasa, 21 Jun 2022.

Melihat ruangan komen, ramai netizen yang terhibur dengan perkongsian tersebut dan tidak menganggap ia adalah satu kecederaan serius. 

Malah ada juga yang masih memuji wajah tampan Aaron selepas dia menunjukkan bahagian gigi yang patah.

“Masih handsome. Tidak mengapa bang, anda adalah pelakon hebat. Bukan pelakon kalau tiada kecederaan,”  komen seorang netizen.



Bagi membetulkan kerosakan giginya, Aaron membuat rawatan di sebuah klinik gigi di Setia Alam, Selangor.

Dalam satu video terbaharu, Aaron memperlihatkan giginya sudah dibetul dan bergambar dengan doktor yang dikenali sebagai Dr Shasha.

“Yeah remember her name. Best dentist in Setia Alam Dr @shashaa21 @smilemakers.sa fast and smooth and gentle… thanks Doc your the best!!! #AksoGT3500 #AksoGTAAseries @officialaksomalaysia.” tulisnya. - KitaReporters


11
13
0
11
0

Copy Link: