PENYANYI tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 41, dan suaminya Datuk K tidak mahu anak pertama mereka, Siti Aafiah menjadi penyanyi walaupun tahu anak mereka mempunyai pendengaran muzik yang baik dan sudah melihat minat menyanyi walaupun masih berusia 2 tahun. : KitaReporters


Tok Ti menjawab pertanyaan wartawan Indonesia secara virtual

Lagi kisah-kisah berkaitan Siti Nurhaliza:

https://kitareporters.com/search?search=siti+nurhaliza


Sebaliknya menurut Tok TI, suaminya lebih mengharapkan Siti Aafiyah diberi pendidikan dalam bidang perniagaan agar menjadi seorang  ahli perniagaan wanita yang berjaya. Namun Tok Ti dan Datuk K berserah kepada Tuhan untuk menentukan masa depan ‘puteri’nya itu.

Tok Ti menyatakan demikian ketika menjawab satu pertanyaan daripada salah seorang wartawan hiburan Indonesia dalam satu wawancara khas.

Wawancara itu dilakukan melalui sidang video secara virtual melalui peranti Zoom pada Isnin, 14 Disember 2020 dari jam 2 petang hingga 3.15 petang. Ia disiar melalui IG CTDK.

Tok Ti menjawab pertanyaan dari kediamannya di Kuala Lumpur dengan wartawan Shaharudin Mustafa sebagai moderator. 


Antara wartawan hiburan Indonesia yang mengadakan sidang video secara virtual dengan Siti Nurhaliza.

Wawancara itu sepatutnya bertumpu kepada soal ’single' terbaharunya berjudul ‘Kuasa Cintamu’ yang melodiya dicipta oleh composer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw. Namun wawancara selama sejam suku itu lebih banyak pertanyaan dituju kepada soal anak, kandungan dan cadangan  masa depannya.

Menjawab salah satu pertanyaan, Tok Ti menyatakan selepas kelahiran ‘Putera’nya nanti dia bakal menerbitkkan album lagu untuk kanak-kanak yang dijadual dipasarkan pada Mac 2021.

Tok TI turut ditanya mengenai perkara yang dilakukannya semasa mengandung.

Menurut Tok Ti, dia kini tak suka makanan pedas sedangkan sebelum ini suka akan makanan pedas. Tok Ti juga mengatakan dia membuat senaman ringan di rumah bagi melancarkan kelahiran anak keduanya nanti yang berkelamin lelaki.

Dia turut menyatakan selepas tamat berpantang dia akan menjalani senaman bagi memastikan dirinya tidak kelihatan gemuk. 


Tok Ti dan Datuk K bersama Siti Aafiyah

Tok Ti juga mengatakan antara perancangan tahun 2021 ialah dia akan mengadakan konsert di beberapa tempat di Malaysia sempena 25 tahun penglibatannya dalam bidang seni.  

Dia turut membayangkan akan mengadakan konsert di beberapa tempat di Indonesia bagi menghiburkan peminat di negara itu. 

Tok Ti merupakan artis dari Malasia yang paling dikenali dan diminati di Indonesia. Ia bagai negara kedua bagi Tok Ti. Dia turut memperkembangkan perniagaannya di Indonesia seperti perniagaan SimplySitinya.

Siti Nurhaliza juga mempunyai vila dan kompleks pesantren (sekolah agama) di satu kawasan di Jawa Barat yang dikongsi bersama suaminya, Datuk K. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: