Berita Terkini| Demi kepentingan peribadi, wanita ngaku disamun! Akhirnya kantoi! Laporan palsu!
Published byKetua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah berkata, perkara itu terbongkar selepas dimaklumkan oleh doktor yang merawat wanita berusia 40 tahun itu ketika mendapat rawatan di hospital. - Kredit Foto: Sinar Harian
GARA-GARA mahu mendapatkan wang lebih daripada suami sendiri, seorang suri rumah dari Terengganu sanggup mencederakan diri sebelum mengaku menjadi mangsa samun kemudian membuat laporan palsu.
Tindakan itu yang kononnya dipukul dengan batang besi dan disamun terbongkar apabila siasatan ke atasnya mendapati kesan bengkak pada kepalanya dipercayai disebabkan permukaan objek tumpul atau pukulan sendiri.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah berkata, perkara itu didedahkan oleh doktor yang merawat wanita berusia 40 tahun itu ketika mendapat rawatan di Hospital Dungun.
Bagaimanapun, hasil soal siasat, wanita terbabit akhirnya mengaku membuat laporan palsu berhubung insiden itu pada Rabu, 7 Julai 2021.
Baharuddin berkata, wanita itu terdahulu mendapat
rawatan jam 5.30 petang di Hospital Dungun susulan laporan samun.
"Bagaimanapun, pada jam 7 malam, pegawai
penyiasat telah merakam percakapan dengan doktor yang merawat wanita itu dan
diberitahu bahawa tiada calar pada kesan bengkak di kepala wanita berkenaan
selain ia bukan disebabkan batang logam sebaliknya akibat permukaan objek
tumpul atau pukulan sendiri.
"Wanita itu akhirnya mengaku tindakan itu dibuat
kerana memerlukan wang lebih daripada suami untuk kegunaan peribadi selain
menagih simpati daripada suaminya," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian, Jumaat 9 Julai 2021.
Terdahulu, pengadu membuat laporan polis mengatakan kononnya dia disamun oleh seorang lelaki berusia 30-an ketika berada di Perumahan Kilang Sawet Kerteh 6, Ketengah Jaya dan bertindak memukulnya dengan batang besi serta meragut rantai emas bernilai RM2,000 dan wang tunai RM200. - KitaReporters
GAMBAR hiasan...wanita berusia 40 tahun itu mendakwa dirinya menjadi mangsa samun oleh seorang lelaki yang bertindak pukul sebelum meragut seutas rantai bernilai RM2,000.