Video| Nora Ariffin akan kembali pegang status isteri! Insya-Allah dalam tahun 2021 ini juga!
Published byNora masih kelihatan anggun dan bergaya walaupun usianya hampir mencecah 50-an
KEHIDUPAN penyanyi Datuk Nora Ariffin, 48, dan komposer Johan Nawawi ketika bercinta sehingga berkahwin selama 25 tahun (1992-2017) dan dikurniakan empat cahaya mata - dua lelaki dan dua perempuan - sentiasa dipenuhi dengan kehidupan bahagia.
Namun kebahagiaan pasangan ini terlerai apabila Johan dijemput Illahi pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung ketika berusia 52 tahun.
Kesedihan berganda diterima oleh Nora apabila pada 13 Disember 2019, anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff (Alif) meninggal dunia ketika berusia 20 tahun.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Nora Ariffin
Sehingga kini Nora masih mengunjungi pusara arwah Johan Nawawi .
Sebagai membuktikan kesetiaannya terhadap Johan, Nora hampir setiap hari menziarahi pusara bekas suaminya bagi membersihkan kubur dan bercakap sendirian dengan arwah suaminya.
Namun kekosongan hidupnya terisi apabila anak sulungnya Mohammad Syakir Iman (Moshi) berkahwin pada 19 Januari 2019 dan kini mempunyai cucu, Ayden Johan.
Nora akhirinya mendapat 'lelaki idaman' untuk dijadikan suami kedua.
Dan Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin menerima anugerah ‘Datuk’ pada Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2021 pula akhirnya berjaya mengisi kesunyian yang bertamu sejak empat tahun lalu dengan menerima kehadiran seorang lelaki yang bakal bergelar suami kepadanya dalam masa terdekat.
Akuinya, anak dan cucu tetap tidak dapat memenuhi tempat sebagai pasangan hidup walaupun setelah empat tahun bergelar ibu tunggal.
Nora pada usia 48 tahun tergerak hati untuk mempunyai pasangan hidup, tanpa melupakan detik-detik indah bersama arwah Johan.
Sehingga pada April 2021 lalu timbul kontroversi panas apabila Nora didakwa berkahwin dengan Ahli Parlimen Ketereh. Kelantan, kini Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di Selatan Thailand.
Rupa-rupanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menemukan Nora dengan seorang ‘insan istimewa’ baginya.
‘Insan Istimewa’ itu yang merupakan seorang guru berjaya meluluhkan Nora untuk memiliki hatinya.
Setelah mendapat persetujuan anak-anak, Nora memutus untuk meneruskan hubungan dengan lelaki itu hingga ke jenjang pelamin.
/
Nora mendedahkan perkara ini dalam majlis menandatangani “Memorandum Persefahaman” antara Yayasan Sofa dan Datuk Nora Ariffin yang berlangsung di ibu pejabat Yayasan Sofa, Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis, 18 November 2021 lalu.
Bagaimanapun wanita kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu enggan mendedahkan identiti bakal suaminya. Cuma menjelaskan bukan dari kalangan golongan politik dan selebriti.
Atau adakah dia akan hidup bermadu?
Menurut Nora, pernikahan kali kedua akan berlangsung tahun ini (2021). Ini bererti Nora akan menjadi pengantin baharu sekitar sebulan sahaja.
Nora selain masih bernyanyi kini giat menceburi bidang makanan yang diminati sejak dahulu lagi. - KitaReporters