Video| Intan Payung layakkan Bunga Isme ke separuh akhir MM36! Siapa pengganti Noraniza Idris?
Published byJULUNG kalinya, penyanyi rap muda yang terkenal dengan imej berbaju kurung dan berkasut sukan, Bunga Isme, 21, berjaya melangkah ke pentas separuh akhir Muzik Muzik (MM) ke-36 (MM36) membawakan lagu ‘Intan Payung’ yang dinyanyikan bersama Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris atau Kak Ani,
“Saya rasa amat gembira namun gementar untuk kali pertama ini apabila tidak dapat beraksi bersama Kak Ani memandangkan beliau tidak dapat hadir kerana menunaikan ibadah umrah,” ujar Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari pada majlis sidang media Muzik-Muzik 36 yang berlangsung secara maya pada Ahad, 5 Disember 2021.
Lagi kisah menarik berkaitan Muzik Muzik
Tidak menjangka dapat memasuki ke pentas separuh akhir MM36, lagu ciptaannya bersama Luca Sickta itu antara 10 lagu terakhir yang berjaya ke pentas separuh akhir.
Sembilan lagu lain meliputi Khai Bahar & Aina Abdul dengan lagu 'Nafas Cinta'; Kmy Kmo, Luca Sickta & Datuk Jamal Abdillah (Neraca); Ernie Zakri (Boneka); Muna Shahirah & Zack Zakwan (Bagaimana); Kugiran Masdo (Lautan Asmara); Haqiem Rusli (Adlina Marie); Iman Troye (Teman); Siti Nordiana (Angkara); dan gabungan tiga penyanyi, Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli untuk lagu ‘Lara’.
Terdahulu tahun lalu (2020), gabungan pasangan penyanyi lama dan baharu, Dato Jamal Abdillah dan Wany Hasrita berjaya menduduki tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-35 melalui lagu ‘Belenggu Cinta’.
Mampukah Bunga yang bakal berduet dengan pengganti Kak Ani mencipta kejayaan sama?
“Bunga belum tahu siapa pengganti Kak Ani walau pun ada memberi nama penyanyi Shiha Zikir dan Zizi Kirana tetapi Shiha mungkin tidak dapat beraksi bersama kerana dia pun terpilih dalam Muzik Muzik.
"Manakala Zizi pula belum ada kepastian, jadi Bunga tidak tahu lagi siapa pengganti sebenarnya,” jelas Bunga.
Minggu lalu, Shiha Zikir berjaya ke pentas separuh akhir melalui lagu ‘Aewo’ bersama Noki.
Mungkinkah Zizi Kirana pengganti Noraniza Idris?
Walau masih menungu-nunggu gandingannya, Bunga berjanji akan memberikan persembahan terbaik waima sesiapa sekali pun rakan duetnya.
“Yang pasti Bunga akan menjalani latihan vokal dan tingkatkan stamina dengan melakukan senaman,” tambah Bunga.
Tahun ini juga bakal menyaksikan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah di pentas separuh akhir apabila tampil dengan penyanyi rap muda, Kmy Kmo dan Luca Sickta menerusi lagu ‘Neraca’.
Kesimpulanya, kesemua 30 lagu yang bakal bersaing di pentas separuh akhir Muzik Muzik ke 36 pada hujung tahun menyaksikan pengantin baharu, penyanyi Haqiem Rusli mengungguli senarai dengan tiga buah lagu layak bersaing iaitu ‘Mimpi’, ‘Adlina Marie’ dan lagu gabungan trio bersama Naim Daniel dan Hael Husaini berjudul ‘Lara’.
“Kalau boleh tentulah saya mahukan ketiga-tiga lagu ini mara ke pentas final tetapi jika tidak sangkut semua, satu pun alhamdullilah dah cukup,” komen pelantun lagu ‘Tergantung Sepi’ ini yang berharap kesihatan tidak menganggu persembahannya kelak.
Berikut senarai penuh 30 lagu yang layak ke pentas seperuh akhir yang dijangka berlangsung dalam dua episod bagi mematuhi SOP Kerajaan. - KitaReporters
10 Lagu Pertama Layak:
1. Coretan Pilu (Datuk Awie)
2. Bujang (Hael Husaini)
3. Mimpi (Haqiem Rusli)
4. Purnama (Naim Daniel)
5. Cinta Jangan Pergi (Azzam Sham)
6. Chikadun (Floor 88)
7. Lenyap (Usop)
8. Penat (Andi Bernadee)
9. Rindu Separuh Nyawa (Naqiu & Vanessa)
10. Salahku (Yonnyboii)
10 Lagu Kedua Layak:
1. Sepi (Aina Abdul)
2. Tetap Aku Cinta (Ara Johari)
3. Cinta (Marsha Milan)
4. Cinta Khayalan (Wany Hasrita)
5. Durja (Khai Bahar)
6. Pelukan Angkasa (Sog X Shila Amzah)
7. Karma (Kaka Azraff & Jaz Hayat)
8. Tanpa Rela (Misha Omar)
9. Aewo (Shiha Zikir Ft Noki)
10. Goodbye Hello (Syamel & Ernie Zakri)
10 Lagu Ketiga Layak:
1. Nafas Cinta (Khai Bahar & Aina Abdul)
2. Neraca (Kmy Kmo, Luca Sickta & Dato’ Jamal Abdillah)
3. Boneka (Ernie Zakri)
4. Bagaimana (Muna Shahirah & Zack Zakwan)
5. Lautan Asmara (Kugiran Masdo)
6. Adlina Marie (Haqiem Rusli)
7. Teman (Iman Troye)
8. Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga)
9. Angkara (Siti Nordiana)
10. Lara (Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli)