Dah taubat! Lisdawati mohon fotonya buka aurat tak dikongsi!
Published byJANGAN dipandang kisah lalunya tetapi lihatlah siapa dia hari ini. Golongan artis atau selebriti juga manusia biasa. Tidak kisahlah sesiapapun, hidayah itu datang dengan kehendak Yang Maha Esa. Sebenarnya ramai golongan artis kita yang menerima hidayah Allah SWT. Daripada tidak berhijab, akhirnya berhijab. Ada yang lalai dengan duniawi akhir memilih akhirat. : KitaReporters
Malah, ada yang meninggalkan terus dunia hiburan kerana mahu berjuang di jalan Allah SWT.
Ada juga yang sudah berhijab, namun masih kekal sebagai artis dengan menjaga tingkah laku.
Sebagai contoh, pelakon Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin yang memilih untuk memakai hijab pada 2013, tetapi tetap memilih bidang lakonan sebagai sumber rezeki.
Biarpun sudah berhijab, namun rezekinya dalam bidang lakonan tetap murah.
Walaupun sudah berhijab sejak tahun 2013 yang lalu, rezeki Lisda dalam bidang lakonan tetap ada.
Kalau boleh, katanya, dia tidak mahu lagi mengenang kisah lama sementelah usia semakin meningkat tahun demi tahun.
Satu perkongsian isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi dalam akaun Instagramnya menarik perhatian ramai.
Menurut Lisda, banyak gambar lamanya yang tidak menutup aurat sudah dihapuskan.
Malah, dia memohon kepada para peminat atau mana-mana pihak supaya tidak berkongsi gambar lamanya yang tidak menutup aurat.
Namun sekiranya mahu berkongsi juga, Lisda berharap
auratnya itu dapat dilindungi daripada dilihat umum.
“Banyak dah gambar-gambar lama yang saya dah buang dan bakar.
"Tiba-tiba terkeluar keratan ni. Masih ada lagi yang terselit. Teringat pada beberapa peminat yang paparkan throwback gambar lama saya.
“Saya mohon maaf dan minta tidak disiarkan gambar saya
yang lama. Kalau nak simpan pun jom kita jaga sesama kita. Conteng sikit mana yang
perlu.
“Kalau mampu nak jer saya padam semua gambar dan video saya yang jahil dulu. Hari-hari berdoa supaya cerita lama saya tak disiarkan. Semoga Allah SWT terima taubat saya. Maaf sekali lagi atas kesalahan saya pada semua,” tulisnya.
Lisda memohon peminat-peminatnya agar tidak berkongsi gambarnya yang tidak menutup aurat.
Rata-rata netizen memberi sokongan dan menyambut
baik niat pelakon kesayangan mereka itu.
“Terbaik sis, berubah kepada kebaikan.
"Saya doakan sis dan kita semua diberikan kekuatan untuk terus beramal serta berubah kepada yang lebih baik,” tulis salah seorang netizen.
Peminat tidak putus-putus mendoakan dan memberi sokongan.
Semoga Lisdawati cekal dan Allah SWT menerima taubat kita semua.
Sebaik-baik manusia, adalah pendosa yang mahu bertaubat! - KitaReporters