Masyuk! Siri Squid Game raih 111 juta tontonan! Neflix untung RM3.7b! 40 kali ganda pelaburan!

Published by
KitaReporters

Barisan pelakon Squid Game yang kini diminati di seluruh dunia. - Kredit foto: Netflix


SEBUT sahaja Squid Game pasti membuat ramai tersenyum kerana drama bersiri Korea Selatan itu walaupun baru sebulan ditayangkan namun siri permainan berkenaan menjadi kegilaan penonton Neflix dan paling mengujakan apabila membawa keuntungan besar kepada perkhidmatan penstriman yang menawarkan pelbagai rancangan TV itu.

Mana tidaknya, siri ini berjaya meraih sehingga 111 juta tontonan sekali gus menjadi antara siri tontonan tertinggi dalam Netflix, buat masa ini. Wow powerlah!


Lagi kisah menarik berkaitan siri permainan menarik

/

Antara adegan dalam siri Squid Game yang berjaya menguasai jutaan penonton di dunia. - Kredit foto: Netflix

Bloomberg pada 16 Oktober 2021 melaporkan, rancangan 'game show; itu berjaya meraih AS$891.1 juta (RM3.7 bilion) sejak Squid Game ditayangkan. 

Netflix memperoleh keuntungan lebih 40 kali ganda daripada pelaburan yang dikeluarkan.

Netflix dikatakan melabur AS$2.4 juta (RM9.9 juta) untuk setiap episod atau jumlah keseluruhan AS$21.4 juta (kira-kira RM88.8 juta)

Keuntungan dari Squid Game dikatakan lebih tinggi berbanding dengan beberapa penerbitan lain.

Difahamkan Netflix telah membayar sebanyak AS$21.4 juta (RM88.8 juta) untuk sembilan episod Squid Game dan sehingga kini mereka sudah berjaya meraih AS$891 juta (RM3.7 bilion). Masyuk!



Menurut sumber terkini, kira-kira 132 juta orang menyaksikan Squid Game selama 23 hari sejak tayangan perdana.

Sebanyak 89 peratus menyaksikan sekurang-kurangnya satu episod dan 66 peratus menyaksikan setiap episod sampai akhir.

Malah, sejak tayang perdana pada 17 September 2021, Squid Game telah diterima baik di seluruh dunia, termasuk Brazil, Perancis, India, Turki, Indonesia dan Malaysia dan disifatkan sebagai  ‘game show’ yang dapat diterima oleh ramai di seluruh dunia.

Sehingga kini, pengguna Netflix seluruh dunia sudah meluangkan masa sebanyak 1.4 bilion jam untuk menonton siri yang sedang trending hari ini.



Melihat kepada kejayaan siri drama Korea Selatan berkenaan, jelas menunjukkan siri yang berkualiti akan berjaya menarik penonton seluruh dunia untuk menontonnya meskipun tidak ditayangkan dalam bahasa Inggeris

Tahniah diucapkan buat Squid Game atas kejayaan yang hebat ini!

Netflix yang dilancar pada 29 Ogos 1997 dan berpusat di California, Amerika Syarikat ini kini disiar secara penstriman di 148 negara. - KitaReporters

15
14
0
15
0

Copy Link: