Gambar hiasan... Seramai 15,000 anggota PDRM akan ditambah bermula 1 Jun 2021 untuk bertugas sepanjang penutupan penuh fasa pertama di seluruh negara. - Kredit foto: Bernama


SERAMAI 70,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan ditugaskan sepanjang ‘total lockdown’ fasa pertama seluruh negara bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata anggota agensi lain juga akan digerakkan bagi tujuan penugasan jika keadaan memerlukan berdasarkan perkembangan semasa.

“Sebagai langkah awal seramai 15,000 anggota PDRM akan ditambah bermula 1 Jun ini (2021). Sebelum  pelaksanaan penutupan penuh ini seramai  37,000 anggota PDRM telah dikerahkan.

"Susulan perbincangan dan melihat dari pelbagai aspek, kita bersetuju bagi penambahan anggota untuk bertugas sepanjang tempoh 14 hari dilaksanakan penutupan penuh ini,” katanya dipetik laporan Berita Harian, 29 Mei 2021.

Ujar Hamzah lagi, sekiranya dalam tempoh dua minggu itu dilihat anggota sedia ada tidak mencukupi anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan agensi-agensi lain di bawah KDN akan digerakkan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
0
1
0

Copy Link: