PELAKON dan pengacara popular, Sherry Alhadad atau nama penuhnya Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al-Hadad menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada 17 November 2020. Walaupun tidak menyambutnya secara besar-besaran kerana pandemik COVID-19, namun Sherry tidak putus-putus menerima ucapan hari lahir sama ada daripada peminat, keluarga dan rakan-rakan. : KitaReporters


Sherry menyambut hari lahir secara sederhana sahaja.


Lagi kisah-kisah berkaitan Sherry Alhadad:

https://kitareporters.com/search?search=sherry+alhadad


Dalam ramai itu, satu ucapan yang menarik perhatian malah menyebabkan ramai mengalirkan air mata termasuk Sherry sendiri iaitu ucapan daripada gurunya iaitu Datin Marlia Musa yang juga isteri kepada komposer dan penyanyi terkenal, Datuk M.Nasir.

Dalam ucapan yang dikirimkan menerusi Instagram, Marlia dilihat mengimbas kembali siapa Sherry yang dulu, yang masih belum popular dan dikenali ramai.


Marlia Musa merupakan guru Sherry ketika di ASWARA.


Bagi yang masih belum mengetahui, Sherry merupakan bekas pelajar Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Menurut Marlia dalam ucapannya itu, dia mengenali Sherry ketika pengacara itu berusia 19 tahun lagi. Apa yang membuatkan dia kagum, Sherry memang sejak dulu lagi mempunyai sifat keyakinan yang tinggi.

“Mengenali Sharifah Mariam (Sherry) dari beliau berusia 19 tahun. Saya dan @che_kem_ yang audition beliau. Berbaju kurung dia pagi tu. Yakin menjawab setiap soalan kami. Saya bagi tahu dia ‘di dalam kelas saya, awak kena berguling dari sudut ke sudut, boleh ke?’

“Dengan suara yang terang dan tegas dia jawab ‘nak buat sekarang ke?’ Keyakinan beliau itulah yang terus menjadi semangatnya untuk menjadikan bidang seni ini sebagai sumber mata pencarian beliau,” cerita Marlia.



Namun, tak sangka dalam ucapan yang disampaikan oleh Marlia ada satu kisah cinta remaja Sherry yang mungkin ramai orang tidak tahu. Malah, disebabkan itu Sherry dilihat cuba menjauhkan diri daripada Marlia.

“Beberapa tahun kemudian, pada satu hari saya perasan yang dia cuba melarikan diri daripada saya. Bila saya cari ada saja alasannya. Rupa-rupanya ketika itu, dia sedang dirundung duka. Cinta remajanya musnah. Saya berdepan dengan dia, menangislah kami teresak-esak.

“Hari ni doa saya pada Sharifah Mariam @sherry_alhadad semoga beliau terus berkerja-keras demi mencapai cita-cita dan membahagiakan ibunya yang tercinta.

“Semoga cinta yang musnah angkara orang ketiga dulu akan Allah gantikan dengan seorang lelaki yang beriman, menghormati serta menyayangi beliau dan ibunya. Selamat ulang tahun,” tulisnya.

Ucapan tersebut seterusnya dibalas kembali oleh Sherry. Menurut Sherry, tatkala dia membaca ucapan tersebut, air matanya mengalir. Kata Sherry, Marlia bukan sahaja seorang guru, tetapi juga kakak dan ibu buatnya.

“Mum! Mengalir air mata bila baca catatan ini. Awaklah yang selalu ada masa saya susah dan senang. Yang menjaga ketika saya di sekolah. Guru yang memberikan ilmunya dengan ikhlas sehingga menjadikan saya pelajar terbaik fakulti.

“Daripada panggilan cikgu, kakak dan kini mummy, apa yang kita tak buat bersama? Terima kasih Allah kerana temukan aku dengan seorang insan yang mulia.  I love u mum,” balas Sherry.



Pasti orang yang pernah curang dengan Sherry itu kini menyesal melihat siapa Sherry hari ini. Bukan sahaja boleh berlakon, melawak tetapi juga hebat dalam bidang pengacaraan. 

Malah pada 13 November 2020, Sherry berjaya membawa pulang trofi Pengacara TV Paling Popular dan Artis Komedi Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH33).


6
1
0
1
0

Copy Link: