Berita Terkini| Ops Bersepadu di Pulau Perhentian! Imigresen redah laluan hutan 2km berkas PATI
Published byAntara sebahagian daripada 12 PATI ditahan dalam Ops Bersepadu JIM Terengganu di Pulau Perhentian. - Kredit foto: JIM Terengganu
SERAMAI 12
pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Bersepadu dijalankan Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu di Pulau Perhentian, Besut pada 16 Jun 2021.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu, Ungku Joha Ungku Mohamad berkata individu diberkas itu merupakan sembilan warganegara Bangladesh, dua warga Pakistan serta seorang warga Nepal.
“Mereka
ditahan di beberapa lokasi termasuk tapak pembinaan bangunan tambahan di Pulau
Perhentian Besar, bilik penginapan serta di pusat menyelam.
“Antara kesalahan
dilakukan ialah melanggar Peraturan-peraturan Imigresen (02) Seksyen 6 (1)(c)
Akta Imigresen kerana tidak memiliki permit yang sah; tiada dokumen dan permit kerja sah serta serta
melanggar syarat pas dan permit.
“Keseluruhannya
seramai 50 pekerja asing diperiksa dan
12 PATI yang ditahan membabitkan dua majikan,” katanya yang dipetik laporan
Sinar Harian pada 18 Jun 2021.
Tambah
Ungku Joha, ops berkenaan disertai seramai 38 anggota terdiri daripada JIM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan
Taman Laut Malaysia (TLM).
Ujarnya lagi,
dalam usaha memberkas PATI pihak berkuasa terpaksa melalui laluan hutan sejauh
dua kilometer (km). -KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter