Cerita di sebalik napa ramai ke kedai pajak gadai masa PKPB!
Published byRAMAI yang tidak tahu kedai pajak gadai bukan saja menjadi tumpuan orang ramai mendapatkan wang segera dengan satu sistem`barter trade`tetapi lubuk bagi pemilik kedai emas dan ejen pelaburan emas berniaga `di bursa saham emas` yang jarang diketahui ramai dengan bisnes bernilai jutaan ringgit. : KitaReporters
Simpan emas umpama simpanan tetap atau fix deposit.
Berikut satu catatan mengenai pajak gadai, bagi membuka perspektif umum mengenai industri pajak gadai atau dalam kontek syariah pula Ar-Rahnu :
"Ada netizen yang bagi komen negatif ~
Dik, sis pon pengunjung setia ar rahnu islam. ✌️
Orang masuk pajak gadai ni, dia bukan Miskin.
Orang miskin mana mampu beli emas. 🤗
Mereka semua ni orang BIJAK.
Masa senang, dia beli emas walau 1gram..
Hanya orang ada EMAS sahaja mampu masuk pajak gadai 🌹💞
Ada emas, ada la DUIT. Kita guna EMAS kita, bukan guna duit orang untuk kelangsungan hidup 💋
Tahniah goldsaver 🔥
Anda insan yg terpilih memiliki logam ciptaanNya
#dealerwanted
#DaisyGold....Agen pelaburan emas.
Peniaga membeli emas yang dilelong setiap hujung bulan, ejen pula membeli sijil gadaian dan kemudian menjual balik ke kedai atau di kilang melebur untuk menghasilkan perhiasan baru.
Harga barang kemas yang dilelong dipajak gadai patuh syariah lebih rendah daripada harga pasaran semasa dan untung jual balik dikatakan berlipat kali ganda.
Seorang pengusaha kedai emas yang hanya dikenali sebagai Azman memberitahu, kebanyakan pemilik kedai emas ini mempunyai `hubungan rapat` dengan pajak gadai untuk memasuki tender lelongan emas dan jika harga yang ditawarkan sesuai, bermakna segala barangan kemas yang ditawarkan pada hari itu menjadi hak milik mereka.
"Selalunya rantai leher atau gelang tangan yang `halus` kami akan leburkan semula untuk menghasilkan bentuk perhiasan baharu," katanya ketika mengulas ribuan orang berebut menyerbu pajak gadai sebaik dibuka selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan baru-baru ini.
Sebelum itu, ada komen termasuk daripada pemimpin mendakwa rakyat jatuh miskin teruk apabila ramai berebut ke kedai pajak gadai sedangkan bantuan BPN sudah disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat.
Ada pula memutarkan cerita dongeng rakyat menggunakan duit bantuan itu untuk menebus barang di pajak gadai kerana mendakwa risau barangan kemas yang digadaikan hilang tidak bertebus kerana tamat tempoh PKP yang berpanjangan.
Tetapi, kenyataan sebenarnya adalah sebaliknya!!
Beratur untuk masuk pajak gadai.
Sumber industri barang kemas memberitahu memang ada tanggapan sebegitu selagi ada kesusahan, pajak gadai akan menjadi lebih kukuh.
Gadaian adalah urus niaga asas saja kerana ramai yang tidak mengetahui bisnes yang sebenar dan lebih menguntungkan ialah pelaburan barang kemas menjadikan pajak gadai sumber mendapat bekalan.
Disebabkan ada risiko tinggi dirompak, penculikan dan keselamatan orang yang membawa emas, ejen dan peniaga selalu menggunakan aspek berhati-hati dan waspada ketika berurusan.
Katanya, ada kisah peniaga membawa duit diisi dalam plastik sampah hitam ketika datang menebus barang-barang kemas kerana kekurangan modal perniagaan.
Mereka datang selamba memandu kereta kancil buruk, elak tumpuan.
Nilai gadaian mereka melebihi ratusan ribu ringgit kerana proses mengira duit dan emas ibaratkan `duduk atas duit dan emas kat kaki`.
"Jangan terkejut jika ada pajak gadai yang memperolehi hampir setengah juta sehari kebanyakannya selepas raya.
"Dan masa PKP ini, saya dapat tahu orang bukan menggadai tetapi menebus barang-barang kemas untuk digayakan masa balik kampung.
"Selepas raya, berduyung-ruyung pula memenuhi pajak gadai," katanya.
Beliau berkata, ada beberapa katogeri pelanggan pajak gadai:
- orang biasa yang memerlukan wang tunai segera,
- ejen membeli surat pajak gadai dan
- pemilik kedai emas yang membeli emas yang digadai.
Eina Che Soh
Sementara itu, Pengurus Ar-Rahnu X`Change, Eina Che Soh mengesahkan pajak gadai milik Bank Rakyat diserbu oleh orang ramai kerana mereka mahu menebus untuk dipakai pada musim perayaan.
"Bagi kami ini bukan saja bisnes yang bagus kerana barang-barang kemas yang ditebus bermakna kami akan kurang perolehan duit upah menyimpannya," katanya, yang turut memberitahu tidak sampai 20 orang daripada beratus-ratus pelanggan yang datang untuk menggadaikan barang kemas mereka.
Sebaik kedai pajak gadai itu dibuka pada 5 Mei 2020, pelanggannya beratur sehingga ke tempat letak kereta berhampiran Stadium Selayang.
Katanya, ramai yang datang itu untuk menembus barang-barang kemas kerana bimbang tempoh PKP dilanjutkan dan barang kemas tersadai di pajak gadai.
"Sebenarnya kami tidak lelong barang-barang kemas yang tarikh lupus. Ar rahnu X`Change juga tidak buka sejak PKP.
"Sebelum melelong barang-barang kemas ini, kami akan menghubungi pelanggan sehingga mereka setuju untuk tidak mahu lagi menebusnya," kata Eina yang agak terkejut dengan jumlah kehadiran pelanggan yang luar biasa.
Sebelum itu, dia diarahkan supaya bekerja dari rumah atas permintaan pelanggan yang bertalu-talu menghubungi pajak gadai mendesak supaya kedai dibuka kerana mereka mahu membayar wang gadaian, melanjutkan tempoh dan membuat gadaian.
"Ar-Rahnu X’Change sudah membuka khidmat bayaran online sejak pertengahan bulan April 2020 untuk kemudahan pelanggannya yang mendesak membuat bayaran." katanya.
Kedai pajak gadai jadi tumpuan.
"Kami sediakan bayaran online dan operasi kedai hanya sehingga jam 2 petang.
"Segala prosedur seperti alat pengesan haba dan sanitizer disediakan," kata Eina yang menjelaskan, selepas jam 2 petang, kemungkinan barang-barang kemas itu tidak dimasukkan dalam senarai insurans kerana melanggar PKP.
Eina menasihatkan pelanggan supaya menggadaikan barang kemas di Ar-Rahnu X’change kerana kadar bayaran upah menyimpan hanya 0.28 peratus berbanding kedai konvensional daripada satu hingga dua peratus.
"Kami sediakan perkhidmatan yang cepat dan mesra pelanggan, upah simpan yang rendah tanpa interest. Bebas dari riba, patuh syariah Islam dan telus.
"Proses gadaian adalah mengikut hukum Islam.
"Semasa proses gadaian, ada akad antara pegawai kami dengan pelanggan dan kami memberi jaminan setiap transaksi ikut SOP yg betul.
"Barang gadaian pula ada jaminan insurans sepanjang dalam simpanan kami." katanya.
Eina berkata, satu lagi kelebihan ialah di Ar-Rahnu X`Change ialah membuka peluang pelanggan untuk membeli barangan yang dilelongkan setiap bulan dengan harga yang lebih murah serta diberi diskaun 10 peratus. - KitaReportersLeka...antara peniaga, penggadai emas dan taukey kedai emas.