Video| Shah Rukh Khan difitnah! Didakwa meludah mayat Lata Mangeshkar! Menghembus selepas berdoa!
Published byBINTANG Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK), 55, terpaksa menghadapi fitnah para netizen ketika menghadiri upacara pengkebumian bintang legenda Lata Mangeshkar baru-baru ini.
Menurut laporan Hindustan Times, SRK yang datang bersama pengurusnya, Pooja Dadlani ke Shivaji Park, Mumbai bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Lata.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Lata Mangeshkar
Menerusi video yang menjadi tular dalam media sosial itu, SRK dilihat telah menadahkan tangan seperti seorang Muslim berdoa manakala Pooja menutup rapat kedua-dua tangannya sebelum berdoa mengikut agama masing-masing.
Bagi melegakan video yang tular itu, seorang ahli politik berpengaruh India, Sanjay Raut menyifatkan sesetengah netizen sengaja membangkitkan isu agama dan ingin memfitnah bintang Bollywood itu.
Menurut Sanjay, pihaknya mengetahui siapakah dalang di sebalik isu tersebut dan menganggap ia tidak perlu didedahkan kepada umum.
Penyanyi terkenal Bollywood, Lata Mangeshkar telah menghembuskan nafas terakhir pada Ahad, 6 Februari 2022 pada usia 92 tahun selepas dijangkiti pandemik Covid-19.
Sehubungan dengan itu, seluruh India berkabung selama dua hari berserta bendera negara mereka telah dinaikkan pada separuh tiang bagi bagi menghargai sumbangan besar Lata dalam bidang seni muzik India.
Sementara itu, SRK tidak menghiraukan pandangan negatif sebahagian netizen. Menurutnya, cara yang dilakunya itu adalah cara yang dilaku sebahagian umat Muslim di India.
SRK juga diketahui mengamalkan kebebasan beragama dan dibuktikannya dengan mengekalkan isterinya , Gauri beragama Hindu atau kahwin campur.
Walaupun sebagai selebriti terkenal, SRK sedia berbaris panjang untuk memberi penghormatan terakhir. - KitaReporters