Berita Terkini! Agong zahir ucapan tahniah! Pandelela raih pingat emas! Piala Dunia Terjun FINA
Published byAl-Sultan Abdullah zahirkan ucapan tahniag kepada Pandelela Rinong. - Kredit foto: FB Istana Negara
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada penerjun negara, Pandelela Rinong atas pencapaian meraih pingat emas bagi acara 10 meter platform individu wanita di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo, Jepun pada 5 Mei 2021.
Baginda turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan Pandalela meraih pingat emas pertama buat skuad negara di kejohanan tersebut, sekali gus melakar sejarah baru buat sukan terjun negara di samping harumkan nama Malaysia di persada dunia.
“Baginda menyifatkan pencapaian Pandelela Rinong sebagai kejayaan bermakna kepada Malaysia dan juga sebagai suntikan semangat untuk meneruskan buruan pingat di Temasya Sukan Olimpik Tokyo, Julai 2021.
“Semoga kejayaan dan semangat juang Pandelela jadi inspirasi kepada seluruh rakyat, khususnya para atlet di Malaysia untuk bekerja keras dan berusaha capai kejayaan dalam negara mahu pun antarabangsa,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook Istana Negara, pada 6 Mei 2021.
Sementara itu, untuk info Pandelela Rinong yang sedang dalam persediaan ke Temasya Sukan Olimpik Tokyo mengungguli acara acara 10 meter platform individu di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo, Jepun pada Rabu, 5 Mei 2021 selepas meraih 355.70 mata.
Anak
kelahiran Sarawak itu mengatasi penerjun
tuan rumah, Matsuri Arai (342.00 mata) dan Caeli McKay dari Kanada (338.55
mata), masing-masing merangkul tempat
kedua dan ketiga. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter