Video| Iklan raya Petronas dalam lawak ada sedih juga! Part poji telefon emak dia paling sedih!
Published bySABAN tahun iklan raya Petronas sentiasa dinanti-nantikan oleh masyarakat Malaysia dek kerana iklan mereka sentiasa melekat di hati penonton. Biarpun agak lewat sedikit memuat naik iklan raya tetapi hasil dia tetap terbaik seperti iklan raya sebelum ini.
Kali ini pihak Petronas menggunakan tema animasi dan lagu dalam video raya mereka itu.
Memang terbaiklah. Makin maju dan mengikut peredaran zaman.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan video raya
Untuk mereka yang belum tahu, ini kali kedua mereka menggunakan animasi dalam iklan raya mereka. Yang pertama tahun lepas.
Untuk tahun 2021, Petronas mempertaruhkan iklan raya bertajuk Syukur Raya yang mengisahkan cerita mengenai Poji beraya di perantauan dan jiran mereka, Mak Jah.
Nak tahu lebih lagi? Kena tonton boskuu!!! Tekan je link di bawah ini.
Pujian perlu diberikan pada pihak Petronas kerana masih mengekalkan konsep 1 Malaysia yang perlihat perpaduan berbilang kaum dalam video mereka.
Biarpun hanya animasi, tetapi mesej dan mood nak sambut raya tetap dirasai. Sedikit kelainan dilihat dalam video raya Petronas kali ini apabila banyak menggunakan muzikal.
Bagi penulis, ini adalah satu kreativiti dan inovasi bagi memastikan iklan raya Petronas terus menjadi nombor satu dan lain daripada yang lain.
Dalam berseronok mendengar mereka menyanyi, part di mana Poji menelefon emaknya itu antara part yang sedih.
Sumpah tak tipu, memang auto mengalir air mata!!! Huhuhu
Fuhhh!!! Memang siapa yang beraya di perantauan memang ini pasti menusuk kalbu melihat babak itu.
Bukan penulis je yang terasa sedih, mereka yang dah tonton pun rasa sedih dia.
Iklan raya kali ini, pihak Petronas menekankan ukhwah kejiranan dalam menyambut raya. Biarpun tidak dapat pulang beraya, kita masih ada jiran yang boleh beraya bersama.
Itu pun kalau bertegur sapa, kalau tidak, emmm!!!!.
Bagi belum menonton itu, cepat-cepat la pergi menonton. - KIitaReporters