MAYAT hangus yang ditemukan di kawasan belukar oleh tukang sapu yang sedang melakukan kerja pembersihan di Kampung Padang Air Tepoh, Terengganu. - Kredit foto: Kosmo


SEORANG tukang sapu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tergamam apabila terserempak dengan mayat yang hangus akibat terbakar dipercayai wanita yang menjadi mangsa pembunuhan di Kampung Padang Air, Tepoh di Terengganu.

Mohd. Hamdan Abdul Manaf, 32, berkata, mayat berkenaan ditemukan sewaktu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di tepi Jalan Kuala Terengganu – Kelantan itu pada pukul 7.15 pagi, Sabtu 17 April 2021.

Kongsinya, ketika sedang menyapu di bahu jalan, dia ternampak kepulan asap yang mengeluarkan bau kurang menyenangkan daripada belukar bersebelahan terletak kira-kira tiga meter dari bahu jalan.

“Saya terkejut apabila objek yang lihat itu menyerupai manusia telah hangus terbakar lebih 90 peratus.

“Hanya bahagian kaki kanan daripada paras betis yang tidak terbakar pada masa itu,” katanya yang dipetik oleh Kosmo, Sabtu 17 April 2021.

Mohd. Hamdan berkata, dia kemudian menghubungi rakannya untuk memastikan yang terbakar itu benar-benar mayat sebelum memaklumkan penemuan kepada pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
2
3
0
0

Copy Link: