Video| Bijak-bijak! Elak kes khalwat berpanjangan! Ruhanies, Aliff ngaku salah! Nak kembali berlakon!
Published by.
Pasangan pelakon Ruhanies (Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas), 31, dan Aliff Aziz (Mohammad Aliff Aziz), 33, mengambil langkah bijak dengan menukar pengakuan kepada mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat pada tahun 2024 dan membayar denda RM3,000 setiap seorang.
Dengan kes sudah ditutup dengan membayar denda, kini masanya untuk Ruhanies dan Aliff untuk kembali bergiat dalam bidang lakonan dan mengetepikan episod memalukan tersebut.
Ruhanies dan Aliff adalah pelakon berbakat. Namun peluang mereka bergiat cergas dalam bidang lakonan telah tersekat sepanjang kes berlangsung sejak Mac 2024.
Maka, tidak mustahil setelah mengaku salah dan kes khalwat mereka ditutup, Ruhanies dan Aliff akan kembali menonjol dalam bidang lakonan.
Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dalam kenyataan pada Khamis 27 Februari 2025 mengumumkan, pasangan selebriti ini menukar pengakuan dari tidak mengaku bersalah kepada mengaku bersalah.
Pada 3 Julai 2024, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka. Kemudian tarikh sebutan pada 17 Oktober 2024 dan ditetapkan pada 20 dan 27 Februari 2025 untuk sambung bicara selepas kedua-duanya mengaku tidak bersalah.
Bagaimanapun, peguam syarie tertuduh melalui surat bertarikh 18 Februari 2025 memaklumkan kedua-dua anak guam berhasrat untuk menukar pengakuan dan memohon kepada pihak Mahkamah untuk pindaan tarikh pada 21 Februari 2025.
Menurut sumber, bayaran denda itu diputuskan menerusi prosiding yang berlangsung pada Jumaat, 21 Februari 2025 di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Difahamkan, prosiding itu berlangsung tanpa pengetahuan pihak media.
Aliff dan Ruhanies yang berada di kondomium mewah milik Ruhanies ditangkap pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat awam pada awal pagi 9 Mac 2024.