Siapa yang salah? Suami bagi RM106 untuk belanja bulanan rumah! Isteri habiskan semua dalam 25 hari!
Published byRAMAI yang mengetahui harga barangan semuanya sudah naik kerana inflasi berlaku di seluruh dunia sejak dua tahun lepas.
Viral dalam media sosial apabila seorang suami yang dilihat mempersoal akan sikap isterinya yang dikatakan sangat boros apabila membelanjakan wang nafkah yang diberikan untuk sebulan dalam masa 25 hari sahaja.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan suami isteri
Katanya beliau memberikan wang belanja sebulan kepada isterinya sebanyak Rp350 ribu bersamaan kira-kira RM106 untuk membeli keperluan harian keluarga.
“Dikasih jatah uang belanja Rp350 ribu, baru 25 hari sudah habis sedangkan itu jatah bulanan.”
Beliau juga merasakan bahawa isterinya seorang yang sangat boros kerana tidak boleh mengatur kewangan sehingga habis. Tambahnya isterinya akan marah jika mempertikai wang yang diberikannya habis.
Oleh yang demikian, beliau merasakan bahawa isterinya ini kuat terasa dan meminta pendapat daripada netizen adakah dia perlu kahwin lain.
“Boros, gampang marah, wajar kan kalau suami mau cari pengganti atau nikah lagi.”
Rata-rata netizen yang melihat posting lelaki ini sangat marah akan sikapnya yang tidak sepatutnya memarahi dan mempersoalkan si isteri kerana dia perlu tahu harga barang semua naik dengan mendadak dan tidak murah.
Jumlah wang yang diberikan pun tidak masuk akal untuk bertahan selama 25 hari apatah lagi sebulan. Ada juga berpendapat isterinya pasti sangat sedih kerana suaminya jenis mengungkit.
Tanggungjawab seorang suami adalah sangat berat dan perlu menyediakan tempat tinggal, makanan, dan keperluan asas lain. Bukannya berkira untuk semua perkara. - KitaReporters