Video| Semoga Siti Nurhaliza kembali sihat! Hilang suara kerana bronkitis ringan! Kesan Covid-19!
Published byBagi penyanyi, gangguan suara adalah antara perkara yang ditakuti.
Terbaharu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (Tok Ti), 42, ‘hilang suara’ akibat flu dada atau bronkitis ringan (mild bronchitis) kesan Covid-19.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Siti Nurhaliza
“Baik kita buat X-ray ya. Tak tahan dah batuk-batuk tengah malam,” kongsinya dalam hantaran InstaStory.
Disebabkan itu, Tok Ti terpaksa menggunakan inhaler selain dibekalkan dengan beberapa ubat-ubatan lain.
Beberapa hari lalu, Tok Ti berkongsi keadaannya yang tidak berapa sihat menerusi sebuah video ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-3, jenama perniagaannya, BeauSiti.
Dia juga memberitahu anak keduanya, Afwa juga mengalami demam dan tidak dapat tidur sehingga turut mengganggu tidurnya kerana berjaga malam.
“Jadi ibu kadang-kadang masa tak cukup, jaga anak. Afwa demam tak tidur, saya pun ikut tak dapat tidur. Hilang suara saya, lagipun memang ada batuk sikit,” katanya dalam video itu.
Malah keadaan suara penyanyi ini yang tampil membuat siaran langsung dalam Instagramnya dilihat semakin teruk sehingga menyukarkannya bercakap. - KitaReporters