Video| Bukan Fattah Amin! Wanna Ali akhirnya temui Lelaki Melayu Terakhirnya! Nikahi Khairil Amri!
Published byWanna Ali berlakon dengan Fattah Amin memegang watak utama sebagai Kasih dan Jazlan dalam drama bersiri 20 episod ‘Lelaki Melayu Terakhir’, slot Samarinda TV3 mulai 5 Ogos 2024 lalu.
Kedua-duanya memberi lakonan berkesan. Kasih merupakan wanita moden yang menjalani hidupnya dengan peraturan sendiri. Sementara Jazlan adalah pemuda soleh yang bergelar ustaz dan kuat pegangan agama dan menjalani kehidupan yang sederhana serta cemerlang dalam pengajian agama Islam.
Ketika membuat umrah di Mekah, Wanna berdoa agar ditemukan dengan jodoh yang tepat. Akhirnya kira-kira setahun lalu, Wanna jatuh hati dengan Khairil Amri Khalid iaitu anak kepada mantan Ketua Polis Negara. Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Kedua-duanya bertunang pada 9 November 2024, tetapi hanya berkongsi berita gembira itu pada 2 Februari 2025. Dan akad nikah berlangsung pada jam 10.40 pagi Ahad, 9 Februari 2025 di sebuah premis acara di Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Majlis akad secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga, sanak-saudara dan beberapa teman dan rakan artis. Sementara itu, majlis resepsi diadakan pada sebelah malam di lokasi sama dengan bertemakan tradisional.