Tok Ti bimbang akan keselamatan anak-anak angkatnya di Gaza

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (Tok Ti), 44, membuka Tabung Bantuan Khas Palestin dan menggesa rakyat  alaysia menghulurkan sumbangan bagi membantu rakyat Palestin yang terkesan teruk dengan serangan bertali-arus rejim aparteid Israel sejak Sabtu, 7 Oktober 2023. 

Tok Ti mengakui bimbang dan sentiasa memantau situasi perang terkini yang mungkin mengancam nyawa 50 orang anak angkatnya yang merupakan pelajar di Gaza, Palestin.

Tambahnya, pelajar-pelajar Sekolah Afwa & Afiyah di Gaza sedang berhadapan dengan situasi getir sejak negara itu mengumumkan perang pada Sabtu lalu.

Tok Ti melancarkan tabung kecemasan Palestin itu melalui Instagramnya. Dia turut memaparkan video yang memperlihat keadaan bencana di Palestin.


Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan dengan melayari https://kitafund.com/9909-tabung-bantuan-khas-palestin dan klik butang 'Sumbang'. Sumbangan untuk bantuan khas Palestin ini juga boleh disalurkan ke akaun Yayasan Nurjiwa dengan Maybank bernombor 514486106455.

Yayasan Nurjiwa milik bersama Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K adalah antara pertubuhan yang melancarkan tabung bantuan untuk Palestin.


Dengan keadaan semakin meruncing dengan rejim aparteid Zionis menyekat laluan darat dan udara serta bekalan air dan elektrik bagi mengepung kehidupan serta mengsengsarakan rakyat Palestin, Tok Ti melahirkan kebimbangan mendalam terhadap 50 pelajar Sekolah Afwa Al Afiyah di Gaza yang dijadikan anak angkatnya. 

Menerusi Yayasan Nurjiwa, Sekolah Afwa Al Afiyah yang mengambil sempena kedua-dua anaknya ditubuh pada 5 Oktober 2021. 

Ia memfokuskan kepada pendidikan peringkat awal dalam bidang al-Quran dan akademik termasuk pembelajaran tentang adab dan akhlak.


Video| Bantu tadika Afwa & Aafiyah di Gaza! Siti sasar kutip RM1j! Konsert amal isi tabung yayasan! 



Pada Mei 2022, Tok Ti turut mengadakan konsert khas Satu Suara Vol 3 bagi meraih kutipan dana untuk membantu kanak-kanak di sekolah tersebut. Sekolah itu mempunyai kira-kira 50 orang murid terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan seawal usia empat tahun. 

Ia dibuka di sebuah bangunan yang disewakan dan diurus oleh wakil khas di Gaza.

Yayasan Nurjiwa menyalurkan sumbangan minimum sebanyak RM10,000 serta bantuan-bantuan lain seperti barangan keperluan sekolah dan makanan. - KitaReporters

/

Tok Ti bersama sebahagian pelajar Sekolah Afwa Al Afiyah di Gaza

13
13
0
9
0

Copy Link: