Siapa yang salah? Angkara pekerja, majikan rugi lebih RM100k! Harta syarikat termasuk dron dilarikan!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan


"HARAPKAN pagar, pagar makan padi." Peribahasa berkenaan memberi gambaran mengenai orang yang kita harapkan tetapi mengkhianati kita.

Itu juga berlaku kepada seorang majikan yang bergelar pengarah sebuah syarikat di Petaling Jaya pada 2 Oktober 2022 lalu  yang tidak menyangka pekerja yang dipercayai membuat onar terhadapnya.

Malah, dia kini kerugian lebih RM100,000 apabila harta milik syarikat dilarikan oleh bekas pekerja itu.


Lagi kisah-kisah jenayah berkaitan kecurian dan kerugian



Menurut pengarah syarikat berkenaan Dr Mazlan Ahmad Goh, pekerja wanita yang juga warga China itu sebelum ini bertugas sebagai Penyelidik Analisis 3D di syarikatnya dan menjadi orang kepercayaannya di syarikat miliknya yang mengendalikan produksi perfileman untuk siaran di China.

Namun secara tiba-tiba pekerjanya yang berusia 29 tahun meletak jawatan dan melarikan harta milik syarikat yang dianggarkan bernilai RM11,999.

Bukan sekadar itu, wanita berkenaan turut melarikan dron serta sebuah  komputer riba bernilai RM100,000.

“Saya tidak menyangka pekerja berkenaan yang selama ini saya anggap sebagai orang kuat syarikat tergamak melakukan pekerjaan ini sehingga menyebabkan kerugian besar kepada saya dan menjejaskan perjalanan operasi syarikat.

“Dia juga turut mengugut dan menghantar mesej berunsur fitnah kepada pekerja, pelanggan dan rakan kongsi saya. 

“Situasi ini telah mengancam reputasi dan mencemarkan nama baik syarikat,” katanya lagi. 



Kini pengarah syarikat yang berusia 54 tahun itu buntu memandangkan harta syarikat yang dilarikan itu melibatkan hak cipta milik syarikat dan melibatkan kerugian yang besar.

Lebih mengejutkan lagi, dia mendakwa bekas pekerja turut mengugut supaya membayar sejumlah wang jika tidak mahu difitnah lagi.

Alamak ni dah kes ugut..bahaya jika dibiarkan.

Mazlan berkata, kejadian tersebut memberi pengajaran kepadanya supaya  lebih berhati-hati, supaya tidak memberi kepercayaan kepada semua orang walaupun individu yang dipercayai.

Benarlah kata pepatah Melayu, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. 

Semoga pekerja yang membuat kejahatan itu segera diberkas dan dihadapkan ke muka keadilan! - KitaReporters


Gambar hiasan

9
15
0
14
0

Copy Link: