Keadaan kecederaan dialami Fasha Sandha. - Kredit foto: IG fashasandha

Bagi melakukan lakonan mantap, para pelakon ada ketikanya perlu melakukan aksi yang keterluan, dan jika tidak bernasib baik, aksi itu boleh mengundang bencana seperti kecederaan.

Inilah yang terjadi dalam satu babak drama ‘Anak Tuan’ arahan Along Kamaludin di sebuah rumah di Johor Bahru pada Rabu, 1 Februari 2022.




Dalam satu babak, pelakon Azhan Rani, 47, ‘menyeksa’ Fasha Sandha Hassan, 38.  

Namun kerana begitu bersemangat Azhan menarik rambut Fasha dan melempar Fasha dengan kuat dalam sebuah bilik.

Ia menyebabkan Fasha tersebam di bucu katil yang mengena mata kirinya dan menyebabkan tulang mata patah dan bola matanya berdarah.

Penggambaran terpaksa dihenti dan Fasha tekah dikejarkan ke Hospital Tawakal Johor Bahru. Pihak pengurusan drama meminta maaf terhadap Fasha dan keluarga serta diberi rehat.


Fasha menerima arahan daripada Along Kamaruddin

Pada hari ini, Khamis, 2 Mac 2023, Fasha kembali ke Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Instagram dan TikTok milik Fasha turut memaparkan video menunjukkan Azhan menarik rambut Fasha dari tangga sebuah rumah sebelum menolaknya dan kemudian kepalanya terhentak di bucu katil. 

Sementara itu, Fasha tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap kejadian itu sebagai kemalangan. Baginya ia adalah risiko bagi seorang insan seni khususnya pelakon.

‘Anak Tuan’ adalah lakonan pertama Fasha selepas mengerjakan umrah dengan suaminya Aidil Azi. - KitaReporters

12
9
0
10
0

Copy Link: