Allah naikkan darjat? PU Syed tegur kenyataan Sheila Rusly!
Published byRamadan lalu TV3 menayangkan drama bersiri berjudul Bukan Gadis Biasa (BGB) lakonan hebat Aida Jebat, Remy Ishak, Sheila Rusly dan ramai lagi. Gara-gara drama tersebut juga, penerbit dan pelakon, Sheila Rusly yang memegang watak Opah Aminah dikecam oleh netizen. : KitaReporters
Solekan khas tua yang dibuat ke atas Sheila Rosly yang didakwa netizen sebagai tidak realistik.
Netizen mengecam solekan khas tua yang digayakan oleh Sheila tidak kelihatan realistik.
Mereka mempersoalkan kenapa pihak penerbit tidak mengambil pelakon tua yang sebenar kerana ramai lagi pelakon berusia yang hebat-hebat.
Sungguhpun drama 28 episod tersebut menerima pelbagai kecaman, namun ia tetap mendapat sambutan apabila menjadi drama dengan tontonan tertinggi sepanjang bulan Ramadan iaitu sebanyak 11 juta tontonan.
Berita gembira itu dikongsi oleh Sheila Rusly dalam media sosial miliknya.
Menurutnya, dia bersyukur dan berterima kasih kepada semua.
“Berkat kesabaran. Alhamdulillah terima kasih semua,” tulisnya.
Sheila bersyukur drama BGB mendapat sambutan walaupun teruk dikecam oleh netizen.
Sementara itu, dalam temu bual bersama sebuah portal
online, Sheila menjelaskan kerana kecaman yang diterimanya, Allah SWT menaikkan
darjat drama Bukan Gadis Biasa.
Tegasnya, dia tidak menyimpan dendam kepada sesiapa
yang mengutuk, menghina dan mencaci dirinya serta pihak produksi.
Luahan Sheila itu menarik perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed atau Syed Bakri Al Yahya untuk mengulasnya.
Menurut pendakwah bebas ini, Allah SWT tidak akan sekali-kali
bersekutu dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah seperti drama BGB ini.
“Assalamualaikum wbt. Allah SWT sekali-kali tidak
bersekutu dalam perkara yng tidak mendatangkan faedah kepada agama.
“Lakonan dengan adegan yang tak dibenarkan syarak,
bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan mahram bukanlah sesuatu yang boleh
dibanggakan sehingga kita sandarkan drama tersebut dinaikkan darjat oleh Allah
SWT.
“Kenyataan ini jika benar, ia benar-benar silap dan mohon pihak berkenaan tarik balik dan banyakkan istighfar,” tulis Syed dalam Instagramnya.
Namun, menurut Syed lagi, dia tidak menafikan
syarikat milik Sheila dan suaminya, Jinggo banyak mengeluarkan cerita-cerita
yang mendatangkan keinsafan kepada penonton.
“Ambe (saya) percaya syarikat penerbitan beliau juga
telah banyak mengeluarkan cerita-cerita yang mendatangkan keinsafan kepada
penonton.
“Namun saranan dan nasihat ambe, kepada semua
sutradara dan syarikat-syarikat penerbitan juga penggiat filem agar dapat
membuat cerita atau filem dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh syarak dan
insya-Allah dengan itu keberkatan akan hadir.
“Jangan kejar rating semata-mata, kerana kelak di
akhirat banyak soal jawabnya,” nasihatnya.
Ada betulnya juga nasihat yang diberikan oleh PU Syed ini.
Selain menghiburkan penonton, drama juga boleh dijadikan platform untuk berdakwah kepada orang ramai. - KitaReporters