Berita Terkini| Love Scam: Penoreh getah 'cair' rayuan kekasih maya! Rugi RM99k sekelip mata!
Published byKetua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata mangsa menggunakan duit persaraan dari KWSP yang diperoleh hasil simpanan ketika bekerja di sektor swasta suatu masa dahulu demi membantu kekasih maya.
SEORANG penoreh getah di Jempol berputih mata apabila cinta yang yang diidam terkubur selepas ditipu kekasihnya sehingga kerugian RM99,000 akibat diperdaya sindiket Love Scam.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang
Hook berkata, mangsa berusia 58 tahun berkenalan dengan seorang wanita bernama
Sarah Wong dalam media sosial Facebook pada Februari 2021.
"Wanita berkenaan mendakwa dia adalah warganegara
Singapura yang menetap di Australia seterusnya mereka menjalinkan hubungan
lanjut secara maya melalui WhatsApp, namun tidak pernah membuat panggilan
telefon ataupun video sepanjang perkenalan itu.
"Dalam tempoh percintaan tersebut, teman
wanitanya menceritakan tentang perniagaan yang dijalankan iaitu berkaitan
minyak mentah di luar negara," katanya seperti dipetik Sinar Harian pada
Sabtu, 19 Jun 2021.
Chang Hook berkata, selepas beberapa bulan bercinta wanita tersebut mengadu masalah kepada mangsa dan mendakwa menghadapi masalah perniagaan dan dia meminta mangsa meminjamkan wang kepadanya.
"Percaya dengan perhubungan yang terjalin, mangsa
telah melakukan enam kali transaksi berjumlah RM99,000 pada 9 dan 10 Jun (2021) ke satu akaun bank CIMB dan dimaklumkan akaun itu merupakan akaun pekerja
wanita tersebut yang menguruskan kewangan syarikat," katanya.
Chang Hook berkata, mangsa yang kini bekerja sebagai penoreh getah itu menggunakan wang
persaraan yang diperoleh dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika
bekerja di sektor swasta sebelum ini.
Setelah selesai urusan kemasukan wang tersebut, wanita
berkenaan meminta wang tambahan berjumlah RM131,000 dengan alasan kewangan
syarikat masih lagi tidak dapat diselesaikan.
"Curiga dengan tindakan itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada Khamis, 17 Jun 2021 dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
GAMBAR hiasan...mangsa melakukan enam kali transaksi berjumlah RM99,000 kepada wanita melalui akaun pekerja kekasihnya.