Kes baharu Covid-19 meningkat! Polis Terengganu perketat lagi sekatan di 5 pintu utama masuk!
Published byTERENGGANU akan memperketatkan lagi kawalan Sekatan Jalan
Raya (SJR) di lima pintu masuk yang utama dalam usaha untuk membendung penularan pandemik Covid-19 di negeri
itu bermula pukul 12.01 tengah malam pada Sabtu, 16 Januari 2021. Ini ditegaskan oleh
SEORANG anggota polis sedang melihat Surat Kebenaran Rentas Negeri yang diberikan oleh pemandu lori. - Gambar hiasan
Lagi laporan-laporan polis berkaitan Roslee Chik:
https://kitareporters.com/search?search=roslee+chik
Sehingga semalam, Khamis 14 Januari 2021, sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diadakan dua hari lalu jumlah kes positif Covid-19 di negeri itu dilaporkan semakin meningkat kepada 89 kes.
Selain itu, langkah itu juga bagi membolehkan Polis Terengganu melaksanakan PKPB yang telah dijalankan sejak kelmarin, Rabu 13 Januari 2021 secara lebih berkesan.
Gambar Hiasan
Antara kawalan ketat di tiga sekatan SJR di daerah Kemaman dan dua SJR di Besut itu termasuk setiap kenderaan yang melalui di sekatan terbabit perlu mempunyai surat kebenaran rentas negeri yang sah.
Roslee berkata jikalau pemandu kenderaan tidak mempunyai surat tersebut, pihak polis tidak akan teragak-agak mengeluarkan saman ataupun mengarahkan mereka berpatah balik.
Beliau berkata sepanjang tempoh tersebut had pengerakan keluar masuk setiap kenderaan hanya dibenarkan sehingga pukul 12 tengah malam sahaja.
ROSLEE CHIK
``Sebelum ini dalam masa empat hari lalu sejak PKPB dilaksanakan, polis sentiasa bertolak ansur serta memberi amaran kepada mereka yang tidak mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
``Dalam masa yang sama semasa itu, kita juga hanya memastikan tiada individu dari zon merah memasuki ke negeri Terengganu selain kita mendidik dan memberi amaran kepada pemandu kenderaan,’’ katanya kepada media pada Khamis 14 Januari 2021.
Namun, kata Roslee, bermula pukul 12.01 tengah malam Sabtu, 16 Januari 2021, polis tidak akan bertolak ansur lagi sebaliknya polis akan mengambil tindakan tegas termasuk mengeluarkan kompaun bagi mereka yang mengingkari arahan itu.
PINTU masuk sempadan Terengganu-Kelantan SJR di Kampung Pacakan, Kuala Besut, Terengganu.
Tiga SJR di Kemaman ialah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2), Plaza Tol Cheneh dan Paya Berenjut.
Di daerah Besut pula, SJR dibuat di Pachakan dan Kampung Tok Saboh, manakakala sempadan Bukit Yong akan dikendalikan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Putih, Kelantan. - KitaReporters