NAMA pelakon dan penyanyi Bella Astillah, 26, kini menjadi sebutan semula gara-gara mendedahkan dia berbadan dua dan sudah rujuk kembali dengan suaminya, Aliff Aziz. Bella membuat pengakuan itu menerusi balasan komen kepada pengikutnya di Instagram berhubung hal tersebut. : KitaReporters


Bella menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya dalam Instagram.


"Alhamdullilah, dalam masa idah lagi, jadi tidak perlu kahwin semula," katanya menjawab soalan sama ada dia dan Aliff sudah bernikah semula.

Namun, pendedahannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. 

Ada yang terus menyokongnya. Ada juga yang mengecam dan memerlinya.

“Tahniah Bella. Kalau ada kes skandal lepas ni, tak payah post dengan niat nak bagi pengajaran dekat netizen ya. 

"Nanti netizen anggap Bella minta simpati pula,” tulis salah seorang netizen.



Ada saja netizen ni, Bella sudah mengaku pun masih ada yang tidak berpuas hati. 

Menyedari ramai netizen seakan-akan tidak berpuas hati dan mengecamnya, Bella memuat naik tip untuk menghadapi orang yang sakitkan hati kita dalam Instagramnya.

“Bila ada orang tidak suka kita,” tulisnya.


Bagi yang kurang mengetahui kisah mengenai pasangan ini, Bella dan Aliff telah bercerai pada Mei 2019, selepas penyanyi dari Singapura itu curang dengan beberapa wanita yang berbeza.

Harap pasangan ini belajar daripada kesilapan lalu.


Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun. - KitaReporters

2
0
0
0
0

Copy Link: