DUDUK DI RUMAH, BELI REALME 6 PADA 27 MAC

Published by
KitaReporters

PERINTAH Kawalan Pergerakan tidak menghalang jenama telefon pintar, realme memperkenalkan  model terbarunya, realme 6 bagi variasi 4 + 128 GB secara 'live streaming' pada Selasa, 24 Mac 2020, sekali gus melancarkan kempen #StayREALatHome yang memberi peluang kepada pelanggan setianya menikmati pembelian secara online melalui platform e-dagang yang popular iaitu Lazada. : KitaReporters


"Dalam usaha kami untuk menyertai rakyat Malaysia membendung penyebaran jangkitan Covid-19, semua kedai realme seluruh negara  ditutup buat masa ini. 

"Tetapi, kami telah bekerjasama dengan Lazada Malaysia untuk memudahkan rakyat Malaysia membeli secara dalam talian dengan hanya duduk di rumah,” ujar Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

“Model baharu ini direka khas buat ‘gamers’ tegar dengan keperluan cip pemproses pantas mahupun pengguna tegar media sosial yang inginkan kamera berkualiti tinggi,” tambah Tiffany sambil memberitahu realme 6 bagi variasi 4+128 GB itu akan mula dijual pada tarikh hari jadi Lazada pada 27 Mac 2020 ini.

Sehubungan itu,  menurut Tiffany, sempena kempen #stayREALathome berkenaan, pihaknya menawarkan diskaun istimewa kepada rakyat Malaysia untuk memperoleh peranti terbaharu berkenaan yang  membolehkan pemiliknya menikmati permainan di rumah serta mengambil gambar detik-detik indah bersama keluarga.

Melalui pembelian secara dalam talian bagi bersama meraikan 'Lazada Birthday Sale 2020', anda boleh memperoleh peranti ini pada harga RM799 dari harga asalnya, RM999 pada bilangan dan waktu terhad iaitu dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi berikutnya pada 27 Mac 2020 sahaja.

Jadi siapa cepat dia dapat ya!

Tetapi, sebelum membuat keputusan membeli, mesti anda nak tahu kan apa lagi tarikan peranti terbaharu ini selain daripada memberi pengalaman mobile gaming apabila dipandu oleh MediaTek Helio G9OT yang berprestasi tinggi?


Kelainan  utama, bagi pengalaman visual, realme 6 didatangkan dengan paparan skrin 6.5 inci Ultra Smooth Display dengan 90 Hz refresh rate dan 120 Hz sampling rate , 64 MP AI Quad Kamera, pengecasan pantas 30 W Flash Charge dengan bateri sebesar 4300 mAH, juga penggunaan antara muka terbaharu, realme UI berdasarkan sistem Android 10.

Ia juga dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3 yang tahan lasak untuk perlindungan paparan lebih baik. 

Bukan itu sahaja…. ada lagi keistimewaannya tau!


Paparan realme 6 dilengkapi ciri-ciri yang menakjubkan termasuklah kesan cahaya punch-hole yang membuatkan tepi kamera menyala ketika menggunakan kunci muka atau kamera depan. 

Bagi perlindungan mata, realme 6 disokong dengan fungsi pelarasan suhu warna bagi mencegah ketegangan mata, mod warna custom yang menyokong dua paparan warna mod dan OSIE bagi meningkatkan kejelasan paparan video, intensiti warna dan menjadikan pengalaman visual pengguna lebih cemerlang. 

Ciri-ciri inilah yang penting sebenarnya khusus bagi melindungi mata apabila seharian menghadap telefon bimbit ya tak?

Kamera hadapan ultra-jelas 16 MP pula bakal menjadikan selfie anda lebih cantik dengan bukaan F2.0, menyokong mod smart beauty dan kesan bokeh. 

Ia dilengkapi dengan algoritma kecantikan yang dibangunkan unik untuk jantina, jenis kulit dan bentuk muka yang berbeza. Manakala bagi quad kamera merangkumi kamera utama 64 MP, lensa 8 MP ultra sudut lebar 119° , lensa makro dan juga lensa potret B&W.

Semudah satu klik sahaja, pengguna boleh menukar daripada mod biasa ke mod ultra lebar selain mendekati dunia makro hanya pada jarak 4 cm. 

Reka bentuk realme 6 diilhamkan dari unsur komet yang membelah langit malam, begitu terang dan pantas. 

Melalui teknologi penyaduran optik, rekaan model ini diberi nafas baharu dengan 2 pilihan warna - 'Comet White’ dan ‘Comet Blue’ . 

Pendek kata, dengan gabungan CPU terbaharu yang dikemas kini, GPU, RAM pantas dan AI berkuasa tinggi, realme 6 membawa pengalaman lancar kepada pencinta permainan mudah alih. 

Jika berkenan dan mahu tahu lebih lanjut spesifikasi dengan  lebih terperinci mahu pun promosi lain jika ada, apa kata layari halaman Facebook realme Malaysia atau  Instagram di @realmemalaysia.

Apa pun kepada para 'gamers' sila 'standby' dan menjadi orang pertama yang berjaya menikmati diskaun sehingga RM200 pada Jumaat, 27 Mac 2020 ya.

 Selepas tamat pada jam 2 pagi berikutnya, harga jualan kembali pada asal iaitu RM999. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: