Zahirah nak bersalin di Australia! Tiada kes lokal COVID-19!
Published byBERITA mengenai pemergian pasangan pelakon terkenal, Aiman Hakim Ridza, 31, dan isterinya, Zahirah MacWilson, 25, untuk bersalin di Perth, Australia, menjadi topik hangat beberapa portal hiburan tempatan. Mereka kini selamat tiba tetapi harus dikuarantin selama 14 hari sebelum boleh menemui ibu tercinta, Maslinda Yusoff. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan kehamilan:
https://kitareporters.com/search?search=hamil
Menerusi satu perkongsian di InstaStory Zahirah MacWilson setibanya di sana, beliau memberitahu keadaan COVID-19 di Australia terkawal sebab sudah enam bulan tiada jangkitan kes tempatan.
Malah tulis Zahirah, Australia Barat mengambil langkah ketat dengan menutup pintu kemasukan rakyat luar ke negara itu kecuali mereka warganegara Australia atau pun yang mempunyai visa penduduk tetap mahu pun yang mempunyai bisnes mengejut atau hal-hal lain yang tidak dapat dielakkan namun masih perlu mendapatkan kebenaran.
Menurut Zahirah, keadaan di Perth tenang malah pihak berkuasa tidak mengenakan SOP seperti dikehendaki memakai pelitup muka atau pun mengawal jarak sosial.
Kredit Instagram Story @zahirahmacwilson.
Begitu pun, mereka tetap perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan daripada posting yang dimuat naik ibunya, kelihatan mereka memilih menginap di sebuah hotel sebagai penginapan sepanjang tempoh itu apabila Maslinda menulis 'dekat tapi jauh'.
“Sebebarnya, saya sendiri hampir rasa putus asa untuk mendapatkan kebenaran pulang ke Australia dan reda dengan apa jua keputusan tetapi alhamdullilah Allah mengaturkan segalanya dengan mudah,” tulis Zahirah yang melahirkan rasa syukur hajatnya untuk bersalin dan menjalani pantang bersama ibu tercinta, Maslinda Yusoff tercapai.
Zahirah yang kini sedang hamil 7 bulan dijangka menyambut kelahiran bayi sulungnya pada bulan Disember 2020 ini. Untung jugalah kebenaran diperoleh waima jika kandungan sudah 8 bulan memang agak sukar untuk mendapatkan kebenaran menaiki pesawat, tak gitu?
“Insya-Allah, kami akan balik bertiga tahun hadapan,” kongsi pasangan romantis ini sambil mengakui bukannya satu kerja yang mudah untuk mendapatkan kebenaran pihak Malaysia dan Australia melepaskan mereka.
“Selepas beberapa hari tidak tidur lena, kami bersyukur segalanya berakhir dengan ketentuan-Nya. Kami merancang Allah yang mengaturkannya,” ujar Zahirah lega.
Sementara itu. sebagai ibu yang bakal bergelar nenek, Maslinda turut berkongsi cerita melalui instagramnya berhubung kepulangan anak dan menantunya.
Berkongsi gambar yang sama dimuat naik Aiman dan Zahirah ketika di dalam pesawat, Maslinda memanjatkan rasa syukur dan rasa tidak sabar menemui anak kesayangannya itu malah turut memuat naik 'footage' bayi dalam kandungan Zahirah sambil berkata,"tak sabar nak melihat kamu, sayang Oma."
Walau pun belum berkesempatan bertemu Zahirah dan Aiman disebabkan kuarantin, namun Maslinda tetap menghantar sebuah bag yang penuh berisi stok makanan malah sempat memasak makanan buat Zahirah sambil menulis "pertama kali cucu Oma makan masakan Oma."
Pasangan pelakon drama ‘Curi Curi Cinta’ ini berkahwin pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya.
Terdahulu pada tahun 2019, kedua-dua mereka selamat mengikat tali pertunangan dalam majlis ringkas yang diadakan di Perth, Australia yang disaksikan oleh keluarga Zahirah. - KitaReporters