Video| Si pramugari jual mahal! Tapi si penumpang tak putus asa! Tetap hubungi! Kini berkahwin!
Published byBAK kata orang, kalaulah sudah ada jodoh pasti ia tidak akan ke mana kerana Tuhan telah mengatur perjalanan cinta kita agar indah untuk dikenangkan.
Seorang pramugari yang pada mulanya bersikap dingin atau berpura-pura jual mahal dengan seorang penumpang lelaki dalam pesawatnya sebelum mereka mengenali antara satu sama lain yang akhirnya mereka memutuskan untuk berkahwin.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis perkahwinan
Kisah cinta yang agak menarik ini dipaparkan untuk tatapan netizen agar jangan mudah memperlekahkan seseorang yang tidak dikenali seperti oleh pramugari terbabit yang bernama Putri Antris yang bertugas dalam kapal terbang penerbangan Batik Air, Indonesia.
Bibit-bibit cinta yang dialami Putri Antris adalah semasa dia bertemu dengan seorang lelaki (suaminya) begitu tabah menempuh pelbagai dugaan serta cabaran dengan wanita cantik itu sebelum ikatan cinta mereka bertaut.
Pengakuan tersebut dimuat naik oleh pramugari itu dalam akaun TikTok miliknya iaitu @putri.antris baru-baru ini.
‘’Beliau (suaminya) adalah salah seorang penumpang pesawat saya kira-kira tiga tahun lalu iaitu penerbangan dari Banjarmasin-Surabaya,’’ tulis Putri seperti dipetik dari portal Wolipop pada 13 Jun 2022 lalu.
‘’Ketika itu, saya baharu sahaja bertugas sebagai pramugari di syarikat penerbangan itu. Beliau setiap kali berjumpa saya, beberapa kali mintak nombor telefon saya tetapi saya tidak memberi respons kerana ketika itu saya sibuk dengan tugasan dalam pesawat,’’ sambung Putri itu lagi.
Menurutnya, dalam pada itu, suaminya sempat memberi sekeping kad namanya tetapi kad itu tertinggal di dalam pesawat.
Putri tertinggal kad berkenaan sebaik sahaja dia tiba di Jakarta dan kad itu didapati hilang di laci pesawat.
Sewaktu itu, dia tidak mengharapkan sangat dapat berkenalan dengan lelaki itu (suaminya) kerana luka di hati akibat dikecewakan oleh mantan kekasihnya masih terasa lagi dalam hidupnya.
Namun, suaminya tidak mendiamkan dirinya sebaliknya dia mencari jalan untuk menghubungi Putri.
Kira-kira dua bulan selepas dia bertemu dengan suaminya di pesawat itu, suaminya mengirim pesan ke akaun Instgram Putri .
‘’Assalamualaikum mba, saya penumpang dari Banjarmasin-Surabaya dua bulan lalu, apa mba masih ingat,’’ cerita Putri.
Diringkas ceritanya, di situlah hati Putri mula terpaut dengan suaminya selepas yakin suaminya begitu serius terhadap dirinya yang akhirnya mereka memutuskan untuk berkahwin
‘’Dari situ, kami sering berkomunikasi dan sehingga saat ini beliau (suami) menjadi imam saya,’’ kata Putri mengakhiri perjalanan kisah cintanya. - KitaReporters