Produk usahawan IKS seperti makanan ringan yang berkualiti turut ditawarkan di pasar raya Cherry Mart , Taman Kajang Putra, Kajang, Selangor.

MEMBELI sambil berinfak – konsep tersebut dipraktikkan oleh Cherry Mart, sebuah pasar raya basah yang menjual makanan laut segar, daging dan ayam serta sayur-sayuran yang turut menawarkan citarasa kampung terutama makanan kering daripada negeri Pantai Timur dan negara jiran Thailand.

Merealisasikan konsep tersebut, pasar raya yang dibangunkan oleh syarikat bumiputera milik Amatera Sdn Bhd itu berkongsi rezeki pada hari tertentu dengan mengagihkan barangan basah kepada madrasah dan sekolah tahfiz yang terpilih.

Menurut pengurus cawangannya Hasrul Hisham, kemunculan Cherry Mart bukan untuk mengejar keuntungan semata-mata. Sebaliknya mengangkat pusat pengajian tersebut sebagai sekolah angkat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasar raya

Pengurus Cherry Mart cawangan Taman Kajang Putra, Hasrul Hisham (kanan) bersama pendakwah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek (tengah) dan salah seorang pelanggan yang berinfak pada hari perasmian pembukaan Cherry Mart di Kajang pada 8 Januari 2022 ini.

“Bagi tujuan itu orang ramai dan masyarakat sekitar turut dialukan-alukan untuk bersama-sama kami di sini  merebut peluang infak. Mereka boleh datang mengalami pengalaman berada di dalam pasar raya yang berhawa dingin, susun atur barangan yang mudah ditemui.  

“Terdapat beratus-ratus jenama popular dari Pantai Timur dan Thailand yang kami bawa ke Cherry Mart termasuk rempah ratus, bahan masakan Thai seperti tomyam, bahan perisa, makanan sejuk beku, antaranya satay locking dengan rasa sosnya asli dari negara jiran.

"Diperkenalkan juga khidmat  potong, bungkus dan hantar bagi yang mahukan penghantaran terus ke depan pintu. Melalui kemudahan ini membantu orang ramai untuk infak dan bersama-sama berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian pembukaan Cherry Mart yang pertama di Taman Kajang Putra, Kajang, Selangor pada 8 Januari 2022 lalu. Hadir sama pendakwah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek dan pengacara televisyen, Abu Talib Husin.



Prihatin dengan situasi semasa terutama kepada mangsa banjir, pihaknya turut menyumbang bekalan air mineral kepada beberapa buah daerah dan negeri yang terjejas. Malah beliau juga menawarkan kepada mangsa banjir datang ke Cherry Mart dan mengambilnya sendiri. 

“Kita semua sedang diuji dengan kesan penularan wabak Covid-19 sejak dua tahun lalu  dan masih belum selesai . Kesannya  memberi tamparan yang hebat kepada ekonomi negara.

“Ramai yang kehilangan pekerjaan dan sedang melalui fasa kehidupan baharu kemudian negara dikejutkan pula bencana banjir yang tidak disangka memberi kesan yang tragis. Ada mangsa yang terjejas kediaman, kenderaan yang rosak kerana ditenggelami air malah ada yang trauma akibat kejadian tersebut.

“Justeru pada prapembukaan Cherry Mart, kami telah memperkenalkan promosi RM1.97 untuk  setengah ekor ayam segar bermula 21 hingga 23 Disember 2021 lalu bagi sama-sama menyokongan golongan yang terjejas," ujarnya.



Makanan popular dari negeri Pantai Timur, satay locking ada di jual di pasar raya Cherry Mart.

Tambahnya beliau berharap kehadiran Cherry Mart dalam industri peruncitan negara diterima baik oleh masyarakat sekeliling dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan tanpa mengira kaum.

"Kami juga menawarkan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederahana (IKS) meletakkan produk mereka di sini atas jenama Cherry Mart," katanya.

Sehubungan dengan itu pihaknya menyasarkan membuka 10 lagi cawangan Cherry Mart di Lembah Klang pada tahun 2022 ini.

Peluang untuk membina perniagaaan ini dibuka kepada sesiapa yang  berminat kerana kami menawarkan sistem francais Cherry Mart dengan  modal permulaan sekitar RM500,000. Ia bergantung kepada keluasan lot kedai. Lokasi komersial dan strategik menjadi sasaran kami, kecuali pusat beli-belah,” katanya. 

Bagi penduduk sekitar Bangi, Kajang, Cheras, Putrajaya, Cyberjaya, Sepang dan Nilai boleh mendapatkan khidmat penghantaran ini bermula 15 Januari 2022 menerusi laman sesawang  www.cherrymart.com.my atau boleh hubungi 017-7897787 atau boleh layari Facebook: Cherry Mart Malaysia atau Instagram @cherrymartmalaysia. - KitaReporters


Tetamu undangan majlis Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek bergambar bersama sebahagian kakitangan Cherry Mart sempena majlis pembukaan cawangan pertama di Taman Kajang Putra, Kajang.

 

 

 

 

 

13
9
0
18
0

Copy Link: