Video| Alamak tertinggal mak kat R&R! Nasib baik dapat patah balik! Rupanya mak lapar, cari buah!

Published by
KitaReporters

https://www.tiktok.com/@roymuhd_/video/7029726568398261530?is_from_webapp=v1&web_id6968598872927880705=&is_copy_url=0&sender_device=pc&sender_web_id=7002944403347473922


PERNAHKAH anda mempunyai pengalaman yang lucu ketika dalam perjalanan jauh bersama keluarga tercinta. 

Terbaharu, seorang pemuda dalam TikTok berkongsikan video yang di luar jangkaannya kerana ibunya yang bersama dalam perjalanan itu tertinggal di kawasan Rehat dan Rawat (R&R)

Menerusi video yang dikongsikan, pemuda ini bersama bapanya berada di tempat duduk hadapan, manakala si ibu dan seorang kanak-kanak lelaki berada di tempat duduk belakang.

Namun ketika menghalakan kamera ke belakang, kelihatan ibunya tiada di tempat duduknya hanya ada beg tangan ibu sahaja.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan tertinggal


"Nasib baik baru gerak, borak-borak tengok belakang mak aku tak ada. Tertinggal dekat RnR. Ingatkan tidur, keluar tak bagi tahu."

Oleh sebab ibunya tertinggal di RnR, dia dan ayahnya terpaksa berpatah balik ke kawasan berkenaan yang dipercayai di kawasan Tangkak, Johor

Nasib baik ada!

Ketika tiba di kawasan berkenaan ibu tersenyum menunggu di bawah sebuah gazebo sambil di tangannya memegang sepotong betik ketika mereka sampai untuk mengambil ibunya semula.

Oh rupanya ibunya lapar dan turun membeli makanan.



"Orang pergi bilik air tertinggal. Nagis aku. Kurang asam betul.

"Abg pun satu tak tengok orang. Dia bawa kereta tak apalah. Yang aku pergi berak dah tak ada. Duit dah lah tinggal dalam kereta."

Jarang-jarang sekali kejadian seperti ini terjadi, oleh itu video ini telah mendapat banyak reaksi daripada netizen dan mengakui kejadian ini sangat mencuit hati, namun ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri. - KitaReporters


9
10
0
15
1

Copy Link: