B*b* betul! Budak sekarang kurang adab! Siti Sarah marah kat siapa tu? Mulut belum kena cili!
Published byJika kita hendak bandingkan keadaan semasa dengan keadaan dahulu sememangnya jauh beza bagai jauh panggang dari api. Ini adalah disebabkan beberapa perkara seperti teknologi, gaya hidup, pergaulan harian, dan beberapa faktor lain.
Maka tidak hairan jika ada generasi zaman kini dilihat lebih berani dalam berkata-kata hingga kadangkala bila dengar ia kurang enak, namun ia satu perkara biasa bagi mereka.
Siti Sarah Raissuddin atau lebih dikenali dengan Siti Sarah telah membuat naik satu posting dalam Instagram miliknya dengan persoalan bahawa budak zaman sekarang memang menjadi satu kebiasaan menyebut perkataan tersebut ke?
Dakwanya lagi, jika zaman dahulu, bila perkataan seperti itu sering disebut, sudah pasti akan kena cili dengan ibu bapa.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shuib Sepahtu
Kredit : Instagram Siti Sarah
Jika kita amati apa yang dikatakan itu, memang benar bahawa generasi kini lebih bebas dalam berkata-berkata malah ia seakan-akan menjadi satu kebiasaan untuk mereka.
Kita tidak boleh salahkan mereka sepenuhnya, sebaliknya perlu lihat juga bagaimana didikan kita dan cara percakapan kita dengan anak-anak dan dengan orang lain.
Hal ini kerana mereka terutama kanak-kanak akan belajar dari apa yang mereka lihat. Jika ibu bapa dan keluarga itu sudah biasa seperti itu, maka pasti anak-anak juga akan ikut.
"Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi "
Selain itu, kita juga perlu pantau media sosial anak-anak kita kerana ada sesetengah video, apa yang mereka tonton itu tidak sesuai bagi peringkat umur mereka.
Kini adalah zaman media sosial di mana semua lapisan masyarakat boleh tonton tanpa sekatan.
Posting Siti Sarah ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada yang setuju bahawa zaman dulu jika berkata demikian sudah pasti akan mulut akan dicili atau lebih teruk, dirotan. - KitaReporters