Klip video muzik terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, ‘Kuasa Cintamu’ mencapai tontonan kesejuta dalam saluran YouTube selepas baru enam hari setengah dilancar. Single terkini itu mencapai tontonan ke sejuta pada jam 4.15 petang, hari Ahad, 6 DIsember 2020. : KitaReporters 



Lagi kisah-kisah berkaitan Siti Nurhaliza:

https://kitareporters.com/search?search=siti+nurhaliza


Lagu ini mencapai kenaikan penonton mendadak selepas hari ketiga dilancarkan iaitu pada jam 9 malam, 1 Disember 2020.

Dengan perkembangan ini, tidak mustahil lagu ciptaan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw ini akan memecah tontonan beberapa lagu popular dengan Tok Ti sebelum ini. 


Tok Ti memang meminati lagu-lagu ciptaan Melly Goeslaw (kiri)

Sebelum ini klip video lagu ‘7 Nasihat’ ciptaan KmyKmo dan Luca Sickta yang dilancar 9 bulan lalu (Februari 2020) kini mencapai tontonan 3.2 juta. Sementara klip video lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ ciptaan Ippo Hafiz mencapai tontonan 14.3 juta selepas 4 bulan dilancar. Dan klip video lagu ‘Siapa Tak Mahu’ yang dilancar sebulan lalu  telah ditonton 4.2 juta penonton.

Berdasarkan perkembangan tayangan klip video ‘Kuasa Cintamu’ , bukan mustahil lagu itu akan memecahkan jumlah tontonan lagu-lagu Tok Ti sebelum ini.

Bukan mustahil lagu ‘Kuasa Cintamu’ mencapai tontonan 5 juta penonton selepas sebulan dilancar. Sementara klip video ‘Nirmala’ yang diterbit 7 tahun lalu kini sudah ditonton 12 juta. 




Lagu ‘Kuasa Cintamu’ dengan lirik ditulis oleh Tok Ti sendiri ditujukan kepada anak sulungnya Siti Aafiyah Khalid setelah menerima melodinya yang dicipta oleh komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.

Tok Ti mempunyai karisma tersendiri. Setiap ‘single’ yang dikeluarkan mendapat sambutan. Melly Goeslaw adalah antara komposer yang diminatinya. Tok Ti suka akan lagu-lagu ciptaan komposer wanita berusia 46 tahun itu.

Ketika berkunjung ke Jakarta bagi urusan perniagaan pada September 2019, Tok Ti berkesempatan bertemu dengan Melly Goeslaw dan meminta dia mencipta lagu untuknya. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: