200 sukarelawan syariah! Sedia pantau aktiviti tak bermoral!
Published byMASYARAKAT Islam di Terengganu khususnya golongan remaja yang berhasrat untuk melakukan aktiviti maksiat di tempat awam yang terlindung atau tersorok perlu banyak berfikir kerana perbuatan terkutuk mereka akan diperhati dan dipantau oleh ramai sukarelawan syariah (dan tentunya oleh Allah SWT). : KitaReporters
Sukarelawan Syariah Terengganu diberi kursus khas mengenai cara menjalankan tugas pencegahan
Lagi cerita-cerita dari Terengganu:
https://kitareporters.com/search?search=terengganu
Usaha membanteras aktiviti tidak bermoral termasuk gejala maksiat yang dilakukan oleh masyarakat Islam bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak penguat kuasa agensi tertentu malah ia memerlukan penyertaan orang awam.
Kecenderungan masyarakat Islam sekitar daerah Kuala Terengganu yang tampil menjadi sukarelawan syariah untuk membantu kerajaan membanteras maksiat adalah satu contoh terbaik dan mendapat pengharaan kerajaan negeri.
Berikutan itu, kerajaan negeri mengalu-alukan penglibatan kira-kira 200
orang sukarelawan syariah bagi daerah Kuala Terengganu yang akan bertugas
membantu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membuat rondaan di kawasan
yang menjadi tumpuan remaja berkumpul.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO (badan bukan kerajaan) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO (badan bukan kerajaan) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pertambahan tersebut sangat membantu tugas mencegah kemungkaran yang menjadi tanggungjawab semua umat Islam.
Katanya, sebelum ini bahagian penguat kuasa di bawah Pejabat Hal Ehwal
Agama Kuala Tengganu hanya mempunyai seramai tujuh orang anggota penguat kuasa
sahaja. Jadi sudah tentu tenaga tersebut tidak cukup untuk menjaga daerah Kuala
Terengganu yang penduduknya berjumlah lebih 150,000 orang.
Beliau berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan
Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri yang membuka peluang kepada
mana-mana rakyat Terengganu atau NGO untuk turut serta dalam sukarelawan ini,
rakyat negeri ini lebih prihatin terhadap orang sekeliling.
Wan Sukairi berkata, bagi kawasan Kuala Terengganu, difahamkan terdapat 200 orang sukarelawan syariah yang akan
bertindak membantu JHEAT bagi membanteras maksiat yang mungkin akan berlaku.
"Insya-Allah semoga usaha mulia ini dapat menjaga keharmonian dan juga keberkatan rakyat Terengganu khususnya di daerah ini," katanya.
Sukarelawan Syariah Terengganu bersedia menjalankan tugas mencegah maksiat
Beliau berkata, dalam melaksanakan usaha sukarelawan
syariah dalam rondaan yang bakal dilakukan, para sukarelawan akan mendapatkan nasihat
daripada penguat kuasa JHEAT mengenai ilmu dan kaedah mendekati sasaran supaya
tidak memberikan mudarat.
"Kita akan membuat rondaan ke tempat-tempat yang biasa menjadi
tumpuan muda-mudi atau sesiapa sahaja yang berkemungkinan melakukan gejala
negatif. Pendekatan sukarelawan syariah yang kita gunakan adalah memberikan
nasihat dan teguran,” katanya.
Katanya, sekiranya perbuatan tersebut memerlukan kepada tangkapan atau serbuan, sukarelawan akan terlebih dahulu mendapatkan bantuan daripada penguat kuasa yang bertauliah. - KitaReporters