KEDATANGAN Ramadan disambut dengan aktiviti memasak bubur lambuk untuk agihan penduduk, sumbangan barangan keperluan dan gotong royong membersih kawasan oleh Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) dalam kawasan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bersama ahli komuniti setempat.

Program antara lain bertujuan meyemarakkan kehadiran Ramadan yang mulia di samping memupuk semangat persaudaran lebih mesra dan akrab dalam kalangan komuniti masyarakat seagama.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan MBSJ

Membersih kawasan sekitar kediaman untuk cegah pembiakan denggi oleh beberapa orang penduduk melalui program gotong royong bersih kawasan.


Sesuai dengan ajaran Islam setiap individu perlu saling bekerjasama dan bertoleransi dalam melaksanakan suatu aktiviti ke arah mengukuhkan persaudaraan dikalangan ummah.

Sehubungan itu, MPP dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat MBSJ melaksanakan aktiviti berkenaan melibat ahli komuniti setempat dalam usaha menjaga kebersihan sekitaran melalui aktiviti gotong royong membersih kawasan.

Juga meringankan beban buat mereka yang memerlukan pada aktiviti sumbangan bantuan barangan keperluan dan kurma khusus untuk kegunaan pada Ramadan bagi golongan asnaf, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), mereka yang miskin dan warga emas.

Selain itu, melalui program rewang dan gotong royong masak bubur lambok untuk agihan kepada penduduk sebagai usaha ke arah mengingatkan bahawa Ramadan sudah terlalu hampir dan setiap individu Islam wajar bersedia untuk kehadirannya. 

Semua program berlangsung pada Sabtu 10 April 2021 dari sebelah pagi hingga petang turut melibatkan Ahli Majlis MBSJ yang juga selaku pengerusi MPP bagi zon masing-masing.


Sebahagian antara wanita yang menyertai rewang untuk program gotong royong masak bubur lambuk sempena menyambut Ramadan Majlis Permuafakatan Penduduk Zon 15 di Dewan Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Utama, Puchong Utama, Puchong. - Kredit foto: FB JPM MBSJ.


Bagi MPP Zon 15 aktiviti Rewang dan Gotong Royong Masak Bubur Lambuk serta agihannya diadakan di Dewan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Seri Utama, Puchong Utama, Puchong diketuai Khairul Rizan.

Lima periuk besar bubur lambuk berjaya dimasak untuk 1,200 pek sebagai agihan penduduk setempat, surau dan golongan asnaf melalui kerjasama MPP, Persatuan Penduduk dan JMB Pangsapuri PSU.    

Program MPP Zon 4 melaksanakan Agihan Sumbangan Barangan Keperluan Asas dan Kurma untuk 80 penerima merupakan golongan asnaf, anak-anak yatim, ibu tunggal, OKU dan mereka yang miskin di kariah Masjid Mukminun USJ 2, 5 dan 6.

Aktiviti yang berlangsung di Laman Surau Al Hijrah, Pangsapuri Goodyear Court, USJ 6 dijayakan bersama MPP Zon 4, Biro Kebajikan Muslimat Masjid Al-Mukminun dan penyampaiannya oleh Ahli Majlis MBSJ, Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim.


Salah seorang penerima barangan keperluan asas sempena Ramadan daripada Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim.


Sebahagian penerima sumbangan bantuan barangan keperluan menjelang Ramadan di Surau Al Hijrah, Pangsapuri Goodyear Court, USJ 6. Subang Jaya, Selangor.


Manakala program Gotong Royong Kejiranan Selamat Kampung Bersatu yang bertumpu sekitar kawasan Balai Raya Kampung Seri Puchong dan sekitarnya diketuai Abdul Rashid Syukur, Ketua kampung Batu 12 bersama MPP Zon 12 dan penduduk setempat berganding bahu membersih kawasan dan mengecat tempat-tempat tertentu. Ahli Majlis MBSJ Jaafar Mat Akid turut serta.

Di MPP Zon 14, Ahli Majlis MBSJ, Aniza Jamaluddin bersama ahli jawatankuasanya serta penduduk  menjayakan Program Gotong Royong membersih kawasan sekitaran di Lake View Homes, Tasik Prima bagi menjaga kebersihan untuk mencegah denggi di kawasan perumahan berkenaan.

Program yang bermula jam 9.30 pagi mendapat perhatian dan sambutan komuniti setempat. - KitaReporters


 

Kerja-kerja mengecat gelanggang permainan di perkarangan Balairaya Kampung Seri Puchong pada Program Gotong Royong Kejiranan Selamat.


Sebahagian mereka yang menyertai Gotong Royong  membersih kawasan sekitar Lake View Homes, Tasik Prima.

0
0
0
0
0

Copy Link: