PELAKON Emma Maembong memilih tarikh cantik 20.02.2020 sebagai hari untuk bergelar isteri. Emma sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang, Muhammad Shazli Azhar dengan hanya sekali lafaz, jam 11.58 pagi tadi Khamis, 20 Februari 2020. : KitaReporters.com  

Emma dan Shazli sah menjadi suami isteri pada 20 Februari 2020.

Majlis ijab kabul diadakan dalam majlis tertutup yang dihadiri sekitar 300 orang tetamu di Dunia Melayu, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Majlis pernikahan secara tertutup cuma dihadiri  saudara dan kenalan rapat pasangan  pengantin.

Pengantin lelaki membawa mas kahwin sebanyak RM2,000 dan senaskah Al-Quran kepada pihak perempuan dengan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh. 

Jumlah hantaran dirahsia atas permintaan keluarga. 

Antara gambar yang dimuat dalam Instagram Beby Maembong


Pasangan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohamad Akmal Abdul Aziz. 

Ayah Emma, Ismail Maembong menjadi wali.

Majlis tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi video yang dirakam kakak Emma, dikenali sebagai Beby Maembong di laman sosial Instagramnya.

Emma diiringi adiknya Chacha masuk ke dewan pernikahan. - Foto H-Live

Si ayah Ismail Maembong mengiringi Emma masuk ke dewan pernikahan. - Kredit foto: Oh Bulan


Dalam rakaman video itu, Emma kelihatan anggun berpakaian putih diapit masuk ke dewan nikah oleh adiknya, pelakon Chacha Maembong.

Emma dan Shazli mula berkenalan pada 2008  dan mula rapat sejak tahun lalu dan mengambil masa dua bulan untuk mengenal diri masing-masing.

Emma berdebar menanti akad nikah dijalankan. - Foto H-Live


Pada 11 Oktober 2019, rombongan merisik datang melamar.

Emma, 27 atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail sebelum ini diberitakan menjalin hubungan beberapa lelaki dan yang paling sensasi dengan pelawak Zizan Razak.

Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 35, menerima undangan darpada Emma tetapi tidak hadir. 

Dia cuma mendoakan kebahagian bekas teman wanitanya itu. Hubungan cinta mereka hangat dalam tahun 2014. 

Tahniah kepada kedua-dua pasangan dan selamat menempuh hidup baru. - KitaReporters.com

Kredit foto: Emma Maembong (@emma_maembongofficial)




51
10
2
7
6

Copy Link: